• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
6 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Tertuduh telah mencederakan bapanya sendiri.

Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching. Dilaporkan, seorang lelaki berusia 38 tahun telah dikenakan hukuman penjara selama 8 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuching hari ini kerana telah mencederakan bapanya yang merupakan seorang warga emas.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman terhadap Razmy Selamat selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di mahkamah.

Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching
Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching

Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 1 tahun

Tertuduh dikenakan hukuman atas Seksyen 326A akta sama memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun dan denda sehingga RM2,000, jika disabit kesalahan.

Zaiton juga memerintahkan hukuman penjara tertuduh berkuat kuasa dari tarikhnya ditangkap.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengamuk di rumah keluarganya di Bandar Baru Semariang, Fasa 1, Jalan Sultan Tengah kira-kira jam 11 malam pada 27 Nov 2022.

Tergamak Baling Telefon Ke Arah Kepala Bapa Warga Emas, Lelaki Dipenjara 8 Bulan Di Kuching

Baling telefon ke arah kepala bapanya

Apabila bapanya yang berusia 61 tahun cuba menenangkannya, tertuduh bertindak ganas lalu membaling telefon bimbit ke arah kepala bapanya.

Tertuduh kemudiannya ditahan kira-kira jam 11.25 malam berikutan laporan polis yang dibuat oleh bapanya.

Dimaklumkan juga bahawa tertuduh terlibat dalam aktiviti berkaitan dadah.

Insp Merylene Lindan Andrew Mang mendakwa kes itu manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Restoran Di Kota Kinabalu Ini Dikompaun Gara-Gara Caj Makanan Harga Melampau
Gara-Gara Tak Pasang Lampu Kereta, 4 Buah Kenderaan Kemalangan Teruk Di Bau
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bukan Pengalaman Universal, Ramai Terkejut Sudu Dan Garfu Tidak Digunakan Di Seluruh Dunia Bukan Pengalaman Universal, Ramai Terkejut Sudu Dan Garfu Tidak Digunakan Di Seluruh Dunia
Next Article Dah Macam Changi Airport, Bumbung Bocor Di Lapangan Terbang Kuching Jadi Perhatian Netizen Dah Macam Air Terjun Changi Airport, Bumbung Bocor Di Airport Kuching Jadi Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?