• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali

Oleh
Ismail NA
29 Disember 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Artis kelahiran Sarawak tersebut terpaksa jalani ujian saringan sebanyak 2 kali untuk masuk ke Sarawak

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali. Seperti yang anda semua sedia maklum, kemasukan ke negeri Sarawak kini masih lagi tertakluk kepada prosedur saringan yang ketat dan proses kuarantin yang memakan masa selama 14 hari (10 hari di pusat kuarantin wajib dan baki 4 hari di rumah sekiranya didapati negatif).

Isi Isi Penting
  • Artis kelahiran Sarawak tersebut terpaksa jalani ujian saringan sebanyak 2 kali untuk masuk ke Sarawak
  • Dayang kena swab dan kuarantin lagi walaupun diberikan pelepasan khas masuk Sarawak
  • Pelepasan khas untuk individu berada di Sarawak tidak lebih 72 jam tak perlu jalani kuarantin – Karim Hamzah
  • Karim mohon maaf secara peribadi kepada Dayang, Countdown 2021 tetap diadakan tahun ini
  • Baca lagi artikel yang berkaitan :

Namun demikian, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah hari ini menyatakan kekesalan beliau terhadap tindakan segelintir petugas Jabatan Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) yang bertindak memandai-mandai.

Dayang kena swab dan kuarantin lagi walaupun diberikan pelepasan khas masuk Sarawak

Karim menyatakan kekesalan beliau setelah mengetahui bahawa artis kelahiran Sarawak, Dayang Nurfaizah terpaksa melalui ujian saringan swab sebanyak 2 kali untuk masuk ke Sarawak walaupun telah diberikan pengecualian.

Dayang Nurfaizah telah diundang untuk melakukan persembahan semasa sambutan Tahun Baharu 2021 yang bakal berlangsung hari Khamis ini di Stadium Perpaduan, Kuching.

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah 'Swab' 2 Kali
Dayang Nurfaizah.
Sumber foto : GoingPlaces Malaysia

Pelepasan khas untuk individu berada di Sarawak tidak lebih 72 jam tak perlu jalani kuarantin – Karim Hamzah

Menurut Karim, seseorang individu yang mempunyai kepentingan khas dan diberikan pengecualian kuarantin di Sarawak dengan syarat mereka berada di negeri tersebut selama 72 jam sahaja dan telah melakukan ujian saringan swab sebelum masuk ke Sarawak. Dayang Nurfaizah dilaporkan terpaksa menjalani ujian saringan swab buat kali kedua sebaik sahaja tiba di Kuching dan dimasukkan ke pusat kuarantin wajib selama 10 hari.

Sebelum ke Sarawak, artis yang popular dengan lagu ‘Lelaki Teragung’ tersebut telah menjalani ujian saringan swab pada 25 Disember (Jumaat) yang lalu. Beliau tiba di Kuching pada Isnin (27 Disember) dan diarahkan untuk menjalani ujian saringan sekali lagi.

“Dia (Dayang) telah pun melakukan ujian saringan. Macam anda boleh dikenakan swab sebanyak 2 kali dalam masa 3 hari? Tapi saya tahu, ada petugas SDMC yang memandai-mandai dalam melaksanakan tugas mereka. Menteri iaitu pengerusi SDMC sudahpun memberikan pelepasan kepada saya tetapi orang yang ‘pandai’ itu cuba untuk menjadi lebih baik daripada menteri,”

Datuk Abdul Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Sarawak

Beliau berkata demikian pada sidang media Countdown 2021 hari ini.

Karim mohon maaf secara peribadi kepada Dayang, Countdown 2021 tetap diadakan tahun ini

Dalam masa yang sama, Karim juga turut memohon maaf secara peribadi kepada Dayang Nurfaizah atas kesulitan yang berlaku memandangkan sebelum ketibaannya ke Sarawak, suatu arahan pengecualian telah diperolehi oleh Karim daripada pengerusi SDMC, Datuk Amar Douglas Uggah Embas untuk artis tersebut.

Petikan video sidang media Countdown 2021 Datuk Abdul Karim Hamzah berkenaan isu tersebut hari ini.
Sumber : FB Sarawak Edition

Tidak seperti tahun sebelum ini yang diadakan secara gilang gemilang di Tebingan Kuching, acara Countdown 2021 tahun ini bakal diadakan secara tertutup yang melibatkan hanya 1,000 jemputan yang terdiri daripada petugas barisan hadapan dan mengikut prosedur SOP.

Acara tersebut akan dirancakkan dengan pelbagai persembahan daripada pemuzik dan artis tempatan. Kemuncaknya adalah pertunjukan bunga api yang akan dilakukan di luar stadium.

Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah 'Swab' 2 Kali
Sumber foto : 360tour.asia

Apa pendapat anda tentang perkara ini?

Baca lagi artikel yang berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bermula 1 Januari 2021, Anda Mungkin Akan Mengalami Masalah Dengan Whatsapp
Next Article Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?