• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak

Oleh
ILB - AI
30 Disember 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Setakat ini, 2 orang artis yang berpangkalan di Kuala Lumpur dikatakan telah diberi pelepasan kuarantin wajib 14 hari atas dasar ‘essential services’

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak. Kecoh media sosial semalam selepas insiden seorang menteri meminta maaf kepada seorang artis selepas artis tersebut dikuarantinkan setibanya beliau ke Sarawak. Difahamkan, artis tersebut dijemput untuk membuat persembahan khas untuk sambutan tahun baru di Sarawak yang bakal mengumpulkan seramai 1,000 orang tetamu.

Isi Isi Penting
  • Setakat ini, 2 orang artis yang berpangkalan di Kuala Lumpur dikatakan telah diberi pelepasan kuarantin wajib 14 hari atas dasar ‘essential services’
  • Jangan Salahkan Petugas
  • Pelepasan yang sama pernah diberikan terhadap seroang artis dari Semenanjung yang membuat persembahan di Sarawak awal bulan ini
  • Baca artikel ini sekiranya anda terlepas :

Ironinya pula, konsert sambutan tahun yang mengumpulkan 1,000 orang tetamu itu dikatakan untuk menghargai petugas barisan hadapan. Artis yang dijemput pula, berpangkalan di Kuala Lumpur dan diberi kelonggaran untuk masuk ke Sarawak selepas menjalani ujian calitan COVID-19 (dengan keputusan ujian adalah negatif) sebelum ke sini dan diberi tempoh 72 jam untuk berada di Sarawak tanpa perlu dikuarantin.

Namun begitu, tindakan tersebut mengundang kekecewaan sesetengah warganet di Sarawak. Manakan tidak, kelonggaran tersebut diberi atas dasar ‘essential services’ kepada seorang artis seumpamanya tiada pilihan lain dalam kehidupan atau ibarat artis atau orang kenamaan ‘kebal’ dari COVID-19 berbanding dengan individu biasa.

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak
Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak

Jangan Salahkan Petugas

Warganet juga mempertahankan petugas yang memberi arahan kuarantin kepada artis tersebut kerana mereka hanya menjalankan tugas dan mereka tidak mengenal populariti atau pangkat sesiapa. Ada juga warganet yang mempersoalkan isu penganjuran majlis dalam keadaan pandemik yang belum reda. Bahkan, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sendiri sentiasa mengingatkan seluruh rakyat Malaysia agar duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar.

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak

Ada juga yang petugas barisan hadapan yang meluahkan perasaan dengan mengatakan konsert untuk frontliners itu sebagai tindakan ‘pandai menjual nama frontliners’. Tambah individu tersebut lagi, petugas hadapan tidak mahukan konsert, mereka mahukan jawatan tetap.

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak


Ada juga yang mengatakan jika hendak menghargai petugas barisan hadapan, maka benarkan mereka pulang bertemu keluarga dengan tanpa dikenakan kos kuarantin apabila kembali semula ke Sarawak nanti.

Artis Tak Perlu Kuarantin, Netizen Kecewa SOP Kuarantin Antara Dua Darjat Di Sarawak

Pelepasan yang sama pernah diberikan terhadap seroang artis dari Semenanjung yang membuat persembahan di Sarawak awal bulan ini

Sebelum ini, seorang lagi artis yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia juga dilaporkan telah diberi pengecualian yang sama untuk membuat persembahan sempena sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sarawak 2020 di Asajaya pada awal Disember lalu. Susulan kejadian tersebut, orang ramai telah meluahkan kekesalan terhadap layanan ‘double standard’ dalam isu kemasukan ke Sarawak dan kuarantin seolah-olah jangkitan COVID-19 tidak akan merebak dalam masa 72 jam.

Virus ini tidak mengira kaum, kedudukan, pangkat mahu pun bangsa. Jika benar SOP dan prosedur kuarantin ini bukan sekadar antara ‘dua darjat’, sudah tentu golongan artis dan seumpamanya yang digelar sebagai ‘essential services’ akan turut sama melalui kuarantin 2 minggu untuk masuk ke Sarawak tanpa sebarang pengecualian khas. Ada saja rintihan dan keluhan daripada pemain industri di Sarawak yang benar-benar memerlukan khidmat penting daripada Semenanjung (kerana Sarawak tiada tenaga mahir yang diperlukan) namun tidak mendapat pengecualian khas atas sebab kerenah birokrasi dan prosedur yang sangat ketat.

Sekiranya perkara sebegini berlarutan, prosedur kuarantin dan SOP yang dibanggakan di Sarawak sebenarnya hanya terpakai untuk rakyat marhaen dan sekadar melepaskan batuk di tangga.

Baca artikel ini sekiranya anda terlepas :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwa Petugas SDMC Rasa Pandai, Menteri Pelancongan Sarawak Kesal Dayang Nurfaizah ‘Swab’ 2 Kali
Next Article Bekalan Tempatan Sudah Mencukupi, Penjualan Daging Ayam Import Tidak Dibenarkan Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?