• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu ‘Negaraku’, Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar

Oleh
Husna Hazmi
29 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Voon Lee Shan juga mendakwa bahawa lagu ‘Negaraku’ tidak mempunyai keaslian.

Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu ‘Negaraku’, Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar. Lagu Kebangsaan Malaysia, Negaraku, dipilih oleh Perdana Menteri pertama  Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah berperanan untuk membangkitkan semangat patriotik dan cintakan tanah air serta menekankan taat setia dan perpaduan rakyat untuk kemajuan negara.

Menurut Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK), Voon Lee Shan, Kerajaan persekutuan perlu mempertimbangkan untuk menukar lagu kebangsaan ‘Negaraku’ kerana lagu tersebut tiada keaslian.

Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu 'Negaraku', Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar
Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu ‘Negaraku’, Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar

Voon berkata lagu ‘Negaraku’ ditiru dari lagu-lagu lain

Dalam kenyataan yang telah dibuatnya semalam, beliau berkata sebelum ini ramai yang telah menegaskan bahawa lagu ‘Negaraku’ ini ‘ditiru’ dari lagu-lagu lain.

Lagu Negaraku pada asalnya digunakan sebagai lagu daerah negeri Perak, ‘Allah Lanjutkan Usia Sultan’, yang diterima pakai daripada melodi popular Perancis berjudul ‘La Rosalie’ digubah oleh penulis lirik Pierre- Jean de Béranger.

“Dikatakan juga bahawa lagu Negaraku juga digunakan di kalangan Bangsawan Indonesia (Opera), yang membuat persembahan di Singapura sekitar tahun 1940. Melodi itu kemudiannya menjadi amat popular dan diberi nama ‘Terang Bulan’. Sementara itu, terdapat juga lagu Cina dengan alunan sama seperti lagu Kebangsaan kita.

“Negaraku kalau tanpa lirik boleh menimbulkan kekeliruan kepada pendengar”, kata Voon Lee Shan.

Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu 'Negaraku', Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar

Tambah beliau lagi, susunan lagu Negaraku ini juga telah diubah suai beberapa kali iaitu pada tahun 1992, 2003, dan 2006.

Jika lagu Kabangsaan itu boleh diubah suai, tidak ada sebab kerajaan pusat tidak boleh menukar lagu kebangsaan kerana ia tidak mempunyai keaslian.

“Saya percaya Malaysia mempunyai ramai komposer yang bagus dan tiada sebab lagu asli tidak boleh digubah”, katanya lagi.

Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu 'Negaraku', Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar

Voon mendakwa ramai rakyat Sarawak sukar menerima lagu ‘Negaraku’

Voon seterusnya membuat dakwaan bahawa ramai rakyat Sarawak sukar menerima lagu ‘Negaraku’ sebagai lagu kebangsaan kerana lagu tersebut merupakan lagu Persekutuan Tanah Melayu.

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, lagu Negaraku dinyanyikan sehingga hari ini.

Sejak Negaraku dinyanyikan dan diterima pakai sejak Persekutuan Tanah Melayu diberikan kemerdekaan pada 1957, ramai rakyat Sarawak sukar menerima lagu ini sebagai lagu Kebangsaan.

“Ia memberi perasaan bahawa Sarawak adalah tanah jajahan Tanah Melayu”, tambah Voon lagi.

Untuk anak muda di luar sana, jangan mudah terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang berbaur provokasi dan boleh mencetus pecah belah diantara rakyat di negara kita. Daripada kita terus fokus dengan perkara negatif dan mencetus provokasi di antara rakyat, lebih baik kita fokus kepada perkara yang berfaedah seperti cara menangani masalah pengangguran, masalah harga petrol, masalah salah guna kuasa dan banyak lagi.

Sebelum ini Voon juga pernah berkata:

Ahli Politik Sarawak Mahu Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Di Sarawak Diberhentikan

SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September
Next Article Didakwa 11 Tuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Kes Ebit Lew Bakal Dibicarakan Di Tenom Sabah Didakwa 11 Tuduhan Termasuk Gangguan Seksual, Kes Ebit Lew Bakal Dibicarakan Di Tenom Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?