Persiapan Hari kemerdekaan peringkat negeri perlu dibatalkan?
Ahli Politik Sarawak Mahu Persediaan Sambutan Hari Kebangsaan Di Sarawak Diberhentikan. Menurut Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan, persediaan untuk sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri perlu dibatalkan.
Menurut beliau, kerajaan negeri sememangnya mengakui bahawa ‘Sarawak sebagai tanah jajahan Persekutuan Tanah Melayu’ dengan menyambutnya pada 31 Ogos pada setiap tahun.
Namun selepas Malaysia terbentuk, negara kita tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara asing jadi apa perlunya Sarawak atau Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia soalnya dalam satu kenyataan.
Persiapan sedang dilakukan di Sarawak untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos ini, yang sepatutnya dibatalkan.
katanya
Tegasnya lagi, Persekutuan Malaysia telah dibentuk oleh ‘negara-negara Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak’ pada 16 Sept 1963.
Kesemua negara ini pernah menjadi tanah jajahan British, tetapi hanya Persekutuan Tanah Melayu yang diberi kemerdekaan oleh United Kingdom.
Tambah beliau, Persekutuan Tanah Melayu telah dibebaskan dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963, selepas Akta Kemerdekaan Malaya 1957 diluluskan oleh Parlimen United Kingdom.
Sarawak kini adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia
Beliau berharap rakyat Sarawak seharusnya sedar bahawa selepas Malaysia ditubuhkan, Persekutuan Tanah Melayu bertukar nama kepada Persekutuan Malaysia.
Dato Ong Yoke Lin dari Persekutuan Tanah Melayu memaklumkan dalam surat kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pertukaran nama ini, berkuat kuasa pada 16 Sept 1963.”
Voon turut memaklumkan bahawa Sarawak kini adalah sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia dan ‘sebuah negeri Tanah Melayu dengan cara pemerolehan oleh Tanah Melayu di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)’.
Kerajaan Persekutuan ambil mudah dengan Kerajaan Negeri
Beliau menegaskan bahawa pembentukan Malaysia dahulunya ditentang oleh sebahagian besar penduduk di Sabah dan Sarawak.
Beliau percaya bahawa ‘ketidakbahagiaan semakin meningkat dalam kalangan rakyat Sarawak di Sarawak tentang bagaimana Sarawak diserahkan oleh United Kingdom kepada Tanah Melayu untuk menjadi wilayah Tanah Melayu’.
“Saya percaya rakyat Sarawak juga sangat tidak berpuas hati dengan cara kerajaan persekutuan mengambil mudah Sarawak sejak 59 tahun lalu dengan tidak melayan Sarawak secara adil,”
katanya
Tambah beliau juga, Sultan Johor juga tidak berpuas hati dengan Malaysia dan telah menyuarakan kemarahannya terhadap Johor yang dilayan sebagai ‘anak tiri’ oleh kerajaan persekutuan.
31 Ogos tidak akan disambut sekiranya PBK ambil alih Sarawak
Voon juga berkata sekiranya PBK mengambil alih kerajaan Sarawak, 22 Julai akan disambut sebagai ‘In Quest of Independence Day’, dan 31 Ogos tidak akan disambut.
Lebih-lebih lagi, beliau berkata PBK akan terus mengejar ‘untuk melihat Sarawak lebih bebas dan merdeka dengan cara yang sah dan aman’.