• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September

Oleh
Ismail NA
29 Ogos 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Oh tidak!

Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September. Gara-gara kenaikan harga barang-barang mentah, pengeluar produk roti Gardenia di Semenanjung Malaysia, GARDENIA Bakeries (KL) Sdn Bhd mengumumkan kenaikan harga produknya bermula 1 September 2022.

Sebanyak 53 buah produknya akan mengalami kenaikan harga termasuklah rangkaian roti bun, roti bantal, muffin dan mi kuning.

Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September
Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September. Kredit foto: Twitter @uselessalways_

Menerusi senarai baharu tersebut, antara roti yang mengalami kenaikan harga adalah roti Gardenia Original Classic 400 gram (g) berharga RM2.80 naik 20 sen kepada RM3, manakala roti Gardenia Original Classic Jumbo berharga RM4 naik 30 sen kepada RM4.30.

Roti Quick Bite naik harga dari 92 sen kepada RM 1.10

Roti yang sering menjadi kegemaran sebagai buah tangan masyarakat Borneo pula iaitu roti bun Quick Bite pula meningkat daripada 92 sen kepada RM 1.10. Sementara itu, roti Breakthru Bran & Wheatgerm (400g) berharga RM2.90 naik kepada RM3.50.

Kenaikan harga ini adalah berikutan peningkatan kos pengangkutan yang telah meningkat secara mendadak dan ketara dalam masa beberapa tahun kebelakangan ini. Malah, bagi mengekalkan harga sedia ada, syarikat ini telah pun menyerap kos kenaikan tersebut.

Menaikkan harga produk adalah pilihan terakhir mereka

Jelas syarikat itu lagi, mereka telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga tersebut demi kepuasan pelanggan. Bahkan, menaikkan harga produk adalah langkah terakhir mereka setelah berusaha melalui pelbagai cara bagi mencapai kecekapan dan produktiviti dalam mengatasi kenaikan kos bahan mentah dan logistik yang menghambat syarikat berkenaan.

Tiada Lagi Bawah RM 1, Roti Gardenia Bakal Naik Harga Mulai 1 September

Meskipun semakan tersebut menyaksikan harga produk mereka meningkat, namun syarikat ini berikrar untuk terus menyediakan perkhidmatan dan produk yang terbaik demi pelanggan mereka.

Ini merupakan kenaikan harga yang kedua dalam masa kurang setahun setelah kali pertama mereka mengumumkan kenaikan harga adalah pada 1 Disember 2021.

Walaupun harganya dah naik, tapi ini tidak akan menghalang warga Sabah dan Sarawak untuk memborong roti ini sebagai buah tangan dari Semenanjung untuk saudara mara betul tak? Hehe.

Nak tahu tak kenapa orang Sabah dan Sarawak suka borong roti Gardenia dari Semenanjung? Baca selanjutnya di sini:

https://www.iloveborneo.my/mengapa-orang-sabah-sarawak-beli-roti-gardenia-secara-borong-dari-semenanjung-malaysia/
Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article [TERKINI] Premier Sarawak Umum BKSS 9.0 Bantuan Dalam Bentuk Diskaun Utiliti Selama 6 Bulan [TERKINI] Premier Sarawak Umum BKSS 9.0 Bantuan Dalam Bentuk Diskaun Utiliti Selama 6 Bulan
Next Article Dakwa Rakyat Sarawak Sukar Terima Lagu ‘Negaraku’, Presiden PBK Mahu Lagu Kebangsaan Ditukar

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?