• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dakwaan Dibuli Di Hospital Lahad Datu, Doktor Baru Di Sabah Cabut Nyawa Sendiri

Oleh
Farisha
16 September 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Hanya berkhidmat 6 bulan, seorang doktor baru di Sabah cabut nyawa sendiri ekoran tekanan ditindas ketua jabatan

Dakwaan Dibuli Di Hospital Lahad Datu, Doktor Baru Di Sabah Cabut Nyawa Sendiri. Seorang pengguna Facebook bernama YS Tay telah mendedahkan kisah sedih mengenai pemergian kakaknya, Dr. Tay Tien Yaa, yang bertugas sebagai Ketua Unit Patologi Kimia di Hospital Lahad Datu, Sabah. Dr. Tay hanya berkhidmat di sana selama enam bulan bermula 19 Februari tahun ini.

Walaupun tempoh perkhidmatannya singkat, Dr. Tay dikenali sebagai seorang yang dedikasi dan sentiasa bersedia membantu masyarakat. Beliau telah berusaha meningkatkan mutu perkhidmatan hospital, termasuk mendapatkan sumbangan komputer daripada Persatuan Perdagangan Cina Lahad Datu.

Dakwaan Dibuli Di Hospital Lahad Datu, Doktor Baru Di Sabah Cabut Nyawa Sendiri
Dakwaan Dibuli Di Hospital Lahad Datu, Doktor Baru Di Sabah Cabut Nyawa Sendiri

Malangnya, pada 29 Ogos lalu, keluarga Dr. Tay menerima berita mengejutkan bahawa beliau telah meninggal dunia di rumah sewanya. Menurut laporan media tempatan, Dr. Tay dikatakan menghadapi tekanan dan penindasan yang teruk daripada ketua jabatannya sendiri.

Walaupun Dr. Tay menunjukkan etika kerja yang cemerlang, beliau dibebani dengan tugasan yang berlebihan, termasuk penyediaan laporan, pengurusan sumber manusia dan kewangan, serta menghadiri mesyuarat. YS Tay mendedahkan bahawa ketua jabatan tersebut baru dilantik dan disyaki menyalahgunakan kuasanya.

Dr. Tay baru berkahwin pada September lalu dan sanggup menjalani hubungan jarak jauh dengan suaminya demi tugasnya. Beliau berharap dapat dipindahkan kembali ke Semenanjung selepas dua tahun berkhidmat, namun hasrat itu tidak kesampaian.

YS Tay menegaskan bahawa isu tekanan di tempat kerja dan buli dalam kalangan petugas perubatan adalah masalah serius yang sering berlaku. Beliau menganggap kehilangan kakaknya bukan sekadar tragedi peribadi tetapi juga satu refleksi terhadap sistem kesihatan kita yang sedia ada.

Perkongsian ini telah mengundang simpati ramai netizen yang menuntut keadilan atas tindakan ketua jabatan yang dikatakan telah mendorong seorang yang tidak bersalah untuk mengakhiri hayatnya.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Kes Bunuh Zulfarhan, 6 Bekas Pelajar UPNM Dijatuhkan Hukuman Gantung Sampai Mati
Selalu Dibuli Di Sekolah? Ini 7 Cara Anda Boleh Lakukan Untuk Melindungi Diri Anda
SUMBER :The Vocket
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Rancang Tambah Kawasan R&R Di Sepanjang Lebuhraya Pan Borneo
Next Article Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?