• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu

Oleh
Ismail NA
16 September 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Kredit foto: Creative Simple Photography

1,000 ekar mikroalga boleh menghasilkan 10,000 tong minyak mentah alga sehari

Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu. Kerajaan Sarawak telah merancang untuk membina sebuah loji bio-penapisan di Bintulu yang bertujuan untuk memproses minyak daripada penanaman mikroalga.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memaklumkan bahawa pembangunan ini akan dilaksanakan setelah ladang penanaman mikroalga seluas 10,000 ekar mula beroperasi, seperti yang dilaporkan oleh media tempatan.

Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu
Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu. Kredit foto: CreativeSimplePhotography

“Dunia kini giat mencari sumber bahan api yang lebih lestari, dan Sarawak mempunyai potensi besar dalam bidang ini. Iklim tropika Sarawak menyediakan persekitaran yang sangat sesuai bagi pengeluaran minyak daripada alga,” ujar beliau.

Kenyataan Premier Sarawak ini dibacakan oleh Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, semasa Sambutan Hari Malaysia Peringkat Sarawak 2024 yang berlangsung di Kompleks Stadium Tertutup, Sri Aman pada 16 September 2024, hari ini.

Minyak mentah alga berpotensi dijadikan bahan api penerbangan lestari

Beliau turut menyatakan bahawa kajian menunjukkan 1,000 ekar penanaman alga mampu menghasilkan 10,000 tong minyak mentah alga sehari, yang berpotensi untuk dijadikan bahan api penerbangan lestari (SAF).

“Penyelidikan kini sedang dijalankan di Bintulu oleh SEDC Energy bersama Petronas. Projek ini akan diperluaskan sehingga 10,000 ekar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 100,000 tong minyak mentah alga sehari menjelang 2030. Loji bio-penapisan akan dibina di Bintulu untuk memproses minyak ini setelah ladang tersebut mula beroperasi,” tambah beliau.

Beliau juga menekankan bahawa kebimbangan dunia terhadap perubahan iklim perlu ditangani secara sistematik, kerana setiap cabaran mendatangkan peluang untuk penyelesaian.

Sarawak perlu bersedia lahirkan tenaga kerja mahir aeroangkasa

“Sarawak sedang meneroka pelbagai bidang baharu, termasuk pengeluaran bahan api bersih. Dengan penyelidikan yang berterusan, kami yakin kos pengeluaran hidrogen boleh diturunkan, menjadikannya lebih berdaya saing sebagai sumber tenaga yang mampu mengawal pelepasan karbon,” jelas beliau lagi.

Datuk Amar Douglas turut menyentuh bahawa kerajaan persekutuan telah mengenal pasti Sarawak sebagai lokasi strategik untuk pelancaran satelit, dan negeri ini perlu bersedia dari segi tenaga kerja mahir bagi menyokong sektor aeroangkasa, termasuk menyediakan peluang pendidikan serta latihan dalam bidang tersebut di institusi milik Sarawak.

Loji Bio-Penapisan Minyak Mikroalga Akan Dibangunkan Di Bintulu
Kredit foto: JAPEN Sarawak

Sarawak berjaya tingkatkan pendapatan negeri melalui SST produk petroleum

Dalam mengurus sumber asli, khususnya dalam sektor minyak dan gas, kerajaan negeri berjaya meningkatkan pendapatan negeri melalui pelaksanaan Cukai Jualan Negeri (SST) ke atas produk petroleum. “Usaha ini telah menghasilkan pulangan yang memberangsangkan, dengan pendapatan negeri mencecah RM13 bilion tahun lalu,” ujar beliau.

Abang Johari juga menyatakan bahawa melalui PETROS, Sarawak berjaya memperkukuh hasil minyak dan gas negeri. “PETROS kini berkembang menjadi syarikat minyak ketiga terbesar di Malaysia, menjana pulangan tahunan yang ketara,” tambah beliau.

Baca lagi artikel menarik di sini

Dekat Dengan Garisan Khatulistiwa, Sematan-Lundu Dikenalpasti Sebagai Tapak Pelancaran Satelit Utama
Tular Jalan Pintas Baharu Muara Tuang ke Stutong Bakal Siap 2025

SUMBER :New Sarawak Tribune
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dakwaan Dibuli Di Hospital Lahad Datu, Doktor Baru Di Sabah Cabut Nyawa Sendiri
Next Article Machan FC Tarik Diri Sertai Liga A1 Semi Pro Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?