I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan

Oleh Nur Afifah 25 Ogos 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Banyak Makanan Sikpat Dimakan? Baca Explanation Tok Dolok

Banyak makanan tak dapat dimakan? Baca penerangan ini dulu.

Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan. Jika anda mempunyai teman-teman yang berbangsa Melanau, pasti anda pernah mendengar mereka mengatakan bahawa mereka tidak dapat memakan beberapa jenis makanan seperti makanan laut atau pun daging haiwan atas sebab pantang larang keluarga.

Hmmm. Masih ada rupanya yang amalkan pantang larang ini. Tapi kenapa ya? Di sini kami dah lakukan sedikit kajian untuk anda. Mari kita buat sedikit aktiviti membaca hari ini.

Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan
Kredit :BERNAMA

1. Pantang Larang Warisan atau Keturunan Keluarga

Kaum Melanau pada zaman dahulu pada asalnya merupakan kaum yang disebut sebagai ‘likow‘ atau tidak mempunyai pegangan agama. Kebanyakan mereka mengamalkan amalan animisme iaitu kepercayaan kepada kuasa alam seperti laut, hutan, tumbuhan, matahari dan lain-lain. Oleh itu, kebanyakan pantang larang yang wujud adalah berpunca daripada sumpahan yang telah dibuat oleh nenek moyang sesebuah keluarga.

Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan

Mengikut kepercayaan, sumpahan ini menyebabkan mereka tidak dapat memakan makanan yang tertentu kerana dikhuatiri akan ditimpa malapetaka atau penyakit yang teruk.

Setiap keturunan mempunyai pantang larang yang berbeza mengikut sumpahan keluarga. Terdapat keluarga yang dilarang untuk memakan daging kijang kerana menurut cerita nenek moyang mereka, seekor kijang betina telah datang untuk menyusukan anak mereka yang menangis kelaparan semasa nenek moyang mereka sedang sibuk bekerja di dalam hutan. Sebagai tanda terima kasih, mereka tidak memakan daging kijang tersebut. Jika termakan, risau akan mendapat luka-luka di badan dan boleh membawa maut.

2. Pantang Larang Kepercayaan

Pantang larang kepercayaan pula merupakan kepercayaan pantang larang masyarakat kaum Melanau secara umumnya. Sebagai contoh, ada keturunan yang tidak boleh memakan linut walaupun linut merupakan makanan tradisi kaum Melanau. Hal ini kerana pada zaman dahulu, ketika rumah masyarakat kaum Melanau diserang musuh, mereka menyediakan sekawah linut yang masih panas untuk disimbah ke atas musuh sebelum mereka sempat naik ke atas. Jadi, mereka tidak dibenarkan untuk memakan linut kerana dikhuatiri akan menyebabkan badan dipenuhi gelembung air.

Selain itu, terdapat juga kepercayaan pantang larang yang melarang individu Melanau untuk memakan sayur midin yang berbentuk kurus dan tidak berdaun. Sayur midin ini digelar sebagai “ram bayoh” atau midin gila. Sekiranya dimakan, dikhuatiri bahawa individu yang memakannya akan menjadi gila dan dirasuk seperti perlakuan bomoh Melanau yang dipanggil “tow bayoh”.

Ini Rupanya Sebab Mengapa Masyarakat Melanau Banyak Sangat Pantang Larang Makanan
Ikan Kerapu. Kredit : Bukalapak

Satu lagi contoh ialah pantang larang untuk memakan makanan laut seperti ketam, ikan patin, ikan haruan, ikan kerapu dan banyak lagi. Mengikut kepercayaan sesetengah kaum Melanau, seseorang itu akan diserang penyakit kulit dan rabun yang teruk sekiranya memakan ketam. Untuk mengubatinya, kulit ketam perlu dibakar dan diasapkan pada bahagian yang dijangkiti. Begitu juga dengan ikan haruan dan kerapu. Mereka dikhuatiri akan mengalami penyakit kulit yang seakan-akan sama dengan corak di badan ikan tersebut.

Pantang Larang Adalah Satu Cara Kawal Pemakanan, Tiada Unsur Ghaib

Sebenarnya, pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Melanau sehingga ke hari ini lebih dilihat sebagai salah satu cara untuk mereka mengawal cara pemakanan mereka selain bersifat mencegah daripada diserang penyakit tertentu. Pantang larang ini juga lebih kurang sama dengan pantang larang masyarakat Melayu kerana tidak dikaitkan dengan unsur tabu atau ghaib yang menimbulkan kemarahan Tuhan. Bagi mereka yang melanggarnya, mereka hanya dianggap sebagai seorang yang tidak lagi percaya pada pantang larang tersebut.

Ada logiknya juga pantang larang ini sebenarnya adalah untuk mengelakkan allergi kepada sesetengah mereka. Yalah, nenek moyang dulu tak tahu apa itu allergi. DNA pun lain-lain. Ada juga sesetengah orang yang tidak faham sekiranya disebut pantang, ia adalah satu kepercayaan karut. Oleh sebab itulah, kadang-kadang pantang larang ini disebut sebagai allergi bagi mengelakkan salah faham.

Haa, jangan pula ada yang mengata mereka ini sombong kerana menolak pelawaan anda untuk makan sesuatu. Mungkin mereka masih berpegang pada pantang larang ini. Think positive okay?

Adakah anda mempunyai pantang larang terhadap makanan tertentu? Kongsikan pengalaman anda dan jangan lupa like dan share post ini! Husnudzon!

Tahukah anda terdapat kaum Melanau yang tidak memakan linut meskipun ia makanan tradisi mereka? Ini kisah di sebaliknya:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Netizen Terkejut Lihat Video TikTok Rasmi Manchester United Ini Guna Bunyi TikToker Malaysia, Ryan Bakery Netizen Terkejut Lihat Video TikTok Rasmi Manchester United Ini Guna Bunyi TikToker Malaysia, Ryan Bakery
Next Article Dakwaan Ditukar Kepada Kes Bunuh Tanpa Niat, Lelaki Bunuh Isteri Di Sibu Terlepas Tali Gantung

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?