• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC

Oleh
Nazihah AN
25 Oktober 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC

Damai Bakal Berubah Wajah, Pelan Besar SEDC untuk Jadikan Destinasi Pelancongan Bertaraf Dunia

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC. Damai, kawasan yang terkenal dengan pantai-pantai cantik dan keindahan semulajadi di Sarawak, bakal melalui transformasi besar.

Dipetik dari laporan media tempatan, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC) telah memperkenalkan Damai Peninsular Master Plan – sebuah pelan pembangunan yang bertujuan untuk menjadikan Damai sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia. Pelan ini telah diluluskan secara berprinsip oleh Premier Sarawak, Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Abang Openg.

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Sumber gambar: Dialog TVS

Pelan Besar untuk Meningkatkan Daya Tarikan Pelancongan Sarawak

Dalam rancangan ini, SEDC akan mengubah Damai menjadi tempat dengan aktiviti dan tarikan pelancongan, semuanya diatur supaya menarik lebih ramai pengunjung, dalam dan luar negara.

Menurut Datu Abdul Hadi, Pengurus Besar SEDC yang berkongsi projek ni dalam sesi Dialog TVS, antara yang menarik adalah cadangan untuk membina marina untuk kapal persiaran, terminal kapal besar, dan lapangan golf yang lebih besar dan cantik! Katanya, akan ada juga kereta kabel yang membolehkan pengunjung menikmati pemandangan indah dari atas.

Sebagai langkah meningkatkan akses pengunjung ke lokasi-lokasi menarik, SEDC turut merancang pembinaan laluan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer yang akan menghubungkan Kampung Santubong dengan kawasan Damai.

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC

Imej yang dikongsi semasa sesi Dialog TVS baru-baru ini turut memaparkan rancangan pembangunan Taman Botani dengan laluan kanopi serta villa eko-luxury di Teluk Embang. Selain itu, kawasan Bayfront akan menempatkan Eco-Hub sebagai pusat pelancongan berasaskan alam sekitar, di mana aktiviti berfokuskan eko pelancongan akan dijalankan bagi memelihara warisan semula jadi Sarawak.

Damai Peninsular Master Plan juga merangkumi projek menaik taraf kemudahan sedia ada, seperti Pusat Astronomi Borneo dan stesen bukit di Gunung Santubong. Di kawasan pintu masuk Damai berhampiran Buntal, Eco-City Precinct bakal dibangunkan sebagai pusat pembangunan eko yang seimbang dengan kelestarian alam sekitar.

Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC
Damai Bakal Jadi Hotspot Pelancongan Dunia, Ini Pelan Projek Mega SEDC

Precinct Seni, Budaya dan Konsep Mesra Alam

Untuk memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi yang kaya dengan budaya dan warisan, Precinct Seni dan Budaya akan dibangunkan di Kampung Santubong. Resort golf turut dirancang untuk dibina di Headland Precinct, menjadikan kawasan ini lebih menarik kepada peminat sukan golf.

Demi memastikan kelestarian alam sekitar, SEDC merancang untuk melarang penggunaan kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) di kawasan pembangunan Damai ini. Tambahan pula, pihak SEDC akan bekerjasama rapat dengan Sarawak Forestry Corporation bagi memastikan setiap pembangunan dijalankan dengan mematuhi prinsip-prinsip mesra alam.

Sebagai langkah meningkatkan akses ke Damai, pembinaan jalan dua lorong sepanjang 20 kilometer dari Kuching ke Damai akan dimulakan, di samping projek Sistem Pengangkutan Autonomi (ART) Kuching Urban Transformation System (KUTS) yang sedang giat dijalankan. Laluan khas untuk basikal turut akan diwujudkan, memberi pilihan lebih lestari dan selesa kepada pengunjung.

Pelan ini juga mengandungi cadangan untuk mewujudkan kediaman eksklusif yang sesuai dengan konsep Damai Resort City – sebuah bandar berkehidupan berkualiti dengan kepadatan rendah, bagi meningkatkan kualiti hidup di kawasan ini.

Sebagai tambahan kepada pembangunan darat, rancangan ini juga melibatkan pembangunan terminal kapal persiaran besar dan marina buatan, bagi mengatasi kekurangan kemudahan pelabuhan di Kuching. Ini bertujuan menarik lebih banyak kapal persiaran antarabangsa serta menyokong pertumbuhan pelancongan maritim di Sarawak. SEDC melalui anak syarikatnya, Damai Holdings, akan bertanggungjawab sepenuhnya dalam pelaksanaan projek ini, dengan tanah projek yang akan dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan projek ini akan dijalankan secara berperingkat, memandangkan beberapa komponen penting masih memerlukan kajian terperinci. Antaranya adalah penambakan tanah seluas 250 ekar di kawasan tertentu, yang masih memerlukan penilaian dari segi impak alam sekitar dan teknikal sebelum dapat dilaksanakan.

Secara keseluruhannya, Damai Peninsular Master Plan merupakan langkah strategik dan komprehensif bagi mentransformasikan Damai kepada destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa. Projek ini bukan sahaja menyokong pertumbuhan ekonomi pelancongan negeri, malah diharapkan dapat memelihara alam sekitar, memperkaya warisan budaya, serta meningkatkan kualiti hidup bagi penduduk tempatan.

Jika berjaya direalisasikan, pembangunan ini akan menjadikan Damai sebagai destinasi unik dengan keseimbangan sempurna antara pembangunan moden dan kelestarian alam.

Baca juga artikel berkaitan di bawah:

Sarawak Metro Muat Naik Teaser Stesen ART Fasa Pertama Di Hikmah Exchange
Sekolah Pintar Terbesar Sarawak Siap Ada Lif, Gambar SK Pulo Buat Netizen Teruja
Tular Jalan Pintas Baharu Muara Tuang ke Stutong Bakal Siap 2025

SUMBER :TVS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Sabah Juara Keseluruhan Penulisan Esei Belia Antarabangsa
Next Article Hospital Umum Sarawak Memerlukan Penderma Darah Jenis A Segera Hospital Umum Sarawak Memerlukan Penderma Darah Jenis A Segera

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?