• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

Oleh
Nazihah AN
7 Januari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

“Nak jadi cerita dari tak suka posting sini, terus seronoklah” – Cikgu Aiman

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak. Jika sebelum ini hidupnya sebagai anak kotaraya, siapa sangka sedetik sahaja Allah mentakdirkan dia berkhidmat jauh di ceruk rimba daerah Baram, Sarawak. Namun dari resah, gusar dan gentar kini bertukar menjadi pengalaman indah yang paling berharga dalam hidup.

Satu perkongsian oleh pengguna yang bernama A.Aiman telah menarik perhatian ramai apabila beliau berkongsi pengalamannya yang menarik kepada mereka yang ditawarkan penempatan kerja ke Sarawak.

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak
Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

‘Macam biasa, sejak di IPG lagi memang dah doa tak mau jauh, lagi2 sarawak, lagi2 P3.’

Dalam perkongsian di laman Twitter tersebut, Cikgu Aiman menceritakan tentang pengalaman dirinya antara yang terpilih posting ke sekolah pedalaman di Sarawak, SK Long Anap. Difahamkan, beliau merupakan graduan IPG di Perlis dan telah posting ke PPD Baram, Sarawak pada 10 tahun yang lepas.

Awalnya beliau merasa berat hati dan dan terkedu apabila dapati dirinya mendapat keputusan untuk posting ke PPD Baram (P3). Hujungnya, beliau pun redha dengan rezeki tuhan untuk posting ke SK Long Anap yang terletak di pedalaman Sarawak.

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak
Kredit gambar: Twitter @cikguman88

Masa mula-mula masuk tu memang agak tak biasa, maklumlah budak pekan masuk hutan, apa pun tak ada. Line telefon pun tak ada. Perhubungan sukar dan sekolah jauh dari bandar, lebih kurang 6-7 dari bandar Miri.”

Menurut Cikgu Aiman, guru yang bertugas di sekolah tersebut tidak ramai dan para guru turut diberikan macam-macam tugas. Pada waktu itu, hanya 12 orang guru termasuklah guru besar.

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak
Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

Banyak aktiviti dan pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan

Dan selama waktu mengajar di Baram, di sini lah Cikgu Aiman menceritakan pelbagai aktiviti dan juga pengalaman menarik yang tidak dapat dilupakan. Kata Cikgu Aiman, pada hujung minggu mereka ambil kesempatan untuk pergi piknik/ berkelah dengan menaiki bot atau 4WD (Four-wheel-drive).

Antara pengalaman yang menarik ialah dapat pergi jaga UPSR di SK Long Sait, antara sekolah P3 di sarawak yang sukar untuk sampai. Kalau dari bandar akan naik 8 jam 4wd + 2 jam bot untuk sampai, kalau air sungai cetek kena jalan kaki 2 jam lagi.”

Kongsi Cikgu Aiman, sukan di pedalaman juga antara pengalaman yang menyeronokkan. Di sinilah berkumpulnya guru-guru dan murid-murid dari pedalaman. Meriahnya sukan pada waktu ini tidak nampak macam hari sukan pun, nampak macam pesta.

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak
Kredit gambar: Twitter @cikguman88

‘Kalau kita redha dgn ketentuan ilahi, akan ada ganjaran yg baik menanti kita pada masa akan datang’

Hujung tahun 2017 beliau akhirnya menerima tawaran ke sekolah khas di Kuala Lumpur. Kata Cikgu Aiman juga, beliau bersyukur mendapat tawaran tersebut setelah 4 tahun berkhidmat di kawasan pedalaman walaupun bagi beliau ianya rasa sangat sekejap.

Menerusi kongsian tersebut juga, Cikgu Aiman turut berkongsi pencapaian beliau sepanjang mengajar di SK Long Anap. Beliau menerima sijil penghargaan dari JPN Sarawak atas pencapaian 100% murid menguasai Mata Pelajaran Sains dalam UPSR 2017.

Walaupun dah beberapa bulan tinggalkan sarawak ada lagi buah tangan dari sarawak. Alhamdulillah sains upsr tahun 2017 masa sebelum pindah tu dpt 100% lulus, bukan mudah ya di sekolah pedalaman. 2017 upsr ni geng yg saya mula2 ajar dulu.”

Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

Dalam kesah posting ni, apa yang saya nak ceritakan, Allah bagi apa yg kita perlu dan bukan apa yang kita mahu. Insya allah kalau kita redha dgn ketentuan ilahi, akan ada ganjaran yg baik menanti kita pada masa akan datang percayalah ya adik2 yg baru posting dan bakal posting nanti

Kepada guru-guru yang bakal posting ke Sabah/ Sarawak nanti, baca nasihat padu lelaki ini. Lihat pautan di bawah:

Dengar Nasihat Padu Lelaki Ini, Khas Untuk Anda Yang ‘Posting’ Kerja Ke Sabah Sarawak
Guru Pedalaman Sarawak Ini Terharu Apabila Ibu Bapa Murid Sanggup Ke Pekan Hantar Pencalonan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri
Next Article Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya Gadis OKU Hilang, Kali Terakhir Dilihat Keluar Dari Rumah Di Kpg Gita Petra Jaya

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?