I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri

Oleh Kedung BK 7 Januari 2023
Kongsi
5 Min Bacaan
Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri

Wanita tersebut telah dijatuhi hukuman 14 bulan

Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri. Dilaporkan seorang wanita berusia 40 tahun baru-baru ini dijatuhi hukuman 14 bulan kerana mengaku bersalah menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya.

Wanita terbabit dilaporkan menikam paha anak perempuannya kerana marah remaja itu kerap keluar rumah.

Woman hand holding big knife. Aggressive woman.

Sedang minum minuman keras ketika kejadian berlaku

Menurut laporan, wanita berusia 40 tahun itu yang minum minuman keras bertindak untuk menikam paha mangsa dalam usaha untuk menghalangnya daripada keluar rumah.

Difahamkan, kejadian yang berlaku pada 19 Jun lalu itu berlaku di rumah mangsa. Wanita terbabit pada masa itu minum minuman keras manakala kakak mangsa, bayi dan pembantu rumah keluarga mangsa turut berada di dalam rumah.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Selepas tengah malam, mangsa yang sedang bersiap untuk tidur didatangi ibunya dan mula memarahi mangsa.

Wanita terbabit kemudian memanggil anak sulungnya, berusia 20 tahun, ke bilik dan bertanya sama ada dia harus membunuh mangsa. Akibat dalam ketakutan, kakak mangsa tidak bertindak balas dan teragak-agak untuk campur tangan.

Bertindak menikam paha mangsa menggunakan pisau

Wanita itu kemudian pergi ke dapur rumah dan mengambil sebilah pisau sebelum kembali ke bilik mangsa. Mangsa kemudian ditikam oleh ibunya di bahagian paha kanan sehingga menyebabkan pendarahan.

Dalam usaha untuk menghentikan pendarahan, mangsa mengikat baju di pahanya. Wanita itu kemudian mengarahkan mangsa untuk membersihkan darah yang mengalir di lantai dari luka mangsa, sebelum pergi ke dapur.

Gambar sekadar hiasan. Kredit: Google

Takut dengan tindakan yang mungkin akan dilakukan oleh ibunya, mangsa melarikan diri ke bilik kakaknya untuk keselamatan walaupun masih berdarah akibat kecederaan.

Wanita terbabit kemudian kembali ke bilik mangsa dan menjerit kepada mangsa apabila melihat kesan darah masih berada di atas lantai.

Gambar sekadar hiasan.

Kerana ketakutan, mangsa segera pulang ke biliknya dan mula membersihkannya dengan bantuan kakaknya.

Pada masa yang sama, wanita itu terus menjerit ke arah mangsa dan pada satu ketika, menggunakan senduk logam untuk memukul mangsa sehinggakan senduk tersebut bengkok.

Ia juga difahamkan wanita tersebut bahkan mengejek mangsa apabila mangsa merayu kepada ibunya untuk berhenti memukulnya akibat berada dalam kesakitan.

Anggota polis tiba untuk membantu tetapi ‘dihalau’ wanita itu

Difahamkan juga, polis telah tiba ke rumah mangsa apabila panggilan kecemasan dibuat oleh jiran. Mangsa diarah oleh ibunya untuk bersembunyi sementara ibunya bercakap dengan polis.

Apabila pihak polis pergi dari situ, wanita itu kemudian sambung mendera mangsa dan menggunakan kipas elektrik kecil serta kayu lantai untuk memukulnya.

Wanita itu hanya menghubungi polis 3 jam kemudian selepas serangan itu, apabila mangsa masih mengalami pendarahan dan memerlukan bantuan kecemasan.

Mangsa dihantar ke hospital manakala ibunya ditahan polis

Mangsa dihantar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan untuk luka yang dialaminya. Difahamkan selain kecederaan di bahagian paha kanannya, mangsa turut mengalami kecederaan di bahagian lengan bawahnya serta beberapa lebam.

Wanita itu mengaku menikam paha mangsa menggunakan pisau dapur, dengan alasan mangsa kerap keluar rumah dan memutuskan untuk menikam pahanya bagi menghalangnya berbuat demikian.

Gambar sekadar hiasan.

Wanita tersebut dijatuhkan hukuman 14 bulan penjara oleh mahkamah baru-baru ini, setelah mengakui bahawa dia bertanggungjawab ke atas tindakannya dan mahkamah mendapati wanita tersebut adalah pesalah kali pertama.

Sekiranya anda berada dalam situasi yang membahayakan keselamatan anda atau anda mengenali mangsa yang didera, anda boleh menghubungi organisasi berikut:

1. SARAWAK WOMEN FOR WOMEN SOCIETY (SWWS)
Masa beroperasi: Isnin (7pm – 9pm), Selasa sehingga Khamis (9.30am – 11.30am), Sabtu (2pm – 4pm)
Nombor talian: +6082-368853
SMS/WhatsApp: +6016-5822660 | +6013-8044285
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

2. SABAH WOMEN’S ACTION-RESOURCE GROUP (SAWO)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +6088-280200 | +6011-27908020
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

3. ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9.30am – 5.30pm)
Nombor talian: +603-78770224
WhatsApp/Telegram: +6016-2284221 | +6016-2374221
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

4. WOMEN’S AID ORGANISATION (WAO)
Masa beroperasi: 24 jam
Nombor talian: +603-30008858
SMS/WhatsApp: +6018-9888058
Website | Facebook | Twitter

5. WOMEN’S CENTRE FOR CHANGE PENANG (WCC PENANG)
Masa beroperasi: Isnin sehingga Jumaat (9am – 5pm)
Nombor talian: +604-2280342 | +604-3988340
WhatsApp: +6011-31084001 | +6016-4180342
Emel: [email protected]
Website | Facebook | Twitter

Lagi di sini:

Beam Mohon Warga Kuching Hantar Sokongan Bertulis Penggunaan E-Skuter Ke Dewan Bandaraya
Gambar Majlis Anak Tak Memuaskan, Wanita Dari Sabah Ini Berang Dapat Jurugambar Tidak Professional
SUMBER : MALAY MAIL
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini Pertama Ke Sarawak, PM Anwar Ibrahim Dijangka Adakan Lawatan Rasmi Awal Februari Ini
Next Article Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak Dapat Posting Ke Baram, Cikgu Ini Ceritakan Pengalaman Mengajar Di Pedalaman Sarawak

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

TEGAS Tech Immersion 2023, Program Penempatan 6 Bulan Khas Untuk Bakat Teknologi Sarawak
#innovatesarawak 27 Januari 2023
TEGAS Digital Village Cipta Sejarah, Dinobat Anugerah Berprestij BrandLaureate 2022
#innovatesarawak 8 Disember 2022
Bina Startup Berteraskan Sekuriti Makanan Dalam Masa 54 Jam Menerusi Program Ini
#innovatesarawak 25 Ogos 2022
Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
#innovatesarawak 3 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?