• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY

Oleh
ILB - AI
29 September 2022
Kongsi
5 Min Bacaan

Kedai kegemaran rakyat Malaysia

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY. Jika anda seorang yang gemar untuk membeli barangan perkakasan rumah, sudah semestinya anda mengenali sebuah syarikat yang cukup sohor di Malaysia ini dengan jolokan ‘kedai berhantu’ kerana tiap kali masuk pasti tidak akan keluar dengan tangan kosong.

Sebut sahaja ‘MR. DIY’, rata-rata masyarakat di Malaysia ini pasti pernah menjejakkan kaki tidak kira lah sama ada untuk cuci mata sahaja ataupun membeli barangan keperluan dengan harga yang murah.

Dengan hanya memaparkan imej dan konsep kedai hardware, Mr DIY telah berkembang serta berevolusi sehingga berjaya menambat hati rakyat Malaysia bermula dari sebuah kedai kecil sehingga menjadi syarikat terbesar di Malaysia.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY

Bermula pada tahun 2005

Diasaskan oleh Tan Yu Yeh, beliau merupakan graduan Universiti Malaya dan mendapat ijazah dalam bidang sains fizik pada tahun 1996. Tan Yu Yeh kemudian bekerja sebagai seorang ahli penyelidikan dengan syarikat KOMAG USA.

Kemudian selepas setahun, beliau beralih menjadi remisier di Inter-Pacific Securities kerana merasakan kerja yang terdahulu tidak sesuai dengan dirinya. Pada detik itu Tan Yu Yeh mempelajari selok-belok tentang perniagaan dan pelaburan.

Pada 2005, Tan Yu Yeh menubuhkan kedai perkakasan atau hardware yang dinamakan Mr DIY di jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Kedai Mr DIY yang pertama. Kredit foto: Mr DIY

Sememangnya perniagaan perkakasan milik Tan Yu Yeh adalah sama seperti perniagaan yang lain namun apa yang membuatkan ianya istimewa adalah ilmu dan pengalaman yang luas dalam perniagaan telah merubah persepsi khasnya perniagaan perkakasan.

Dari tahun ke tahun, perniagaan semakin berkembang dan Tan Yu Yeh telah membawa adiknya Tan Yu Wei menjadi sebahagian daripada syarikatnya.

Tan Yu Wei merupakan graduan dalam bidang pengurusan dari Universiti Sains Malaysia dan sudah peka dengan selok-belok prniagaan barangan dari China melalui pengalaman bekerja di syarikat De Little Chinatown.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Tan Yu Yeh (Kanan). Kredit foto: Forbes

Gabungan kepakaran dua beradik bawa keuntungan

Kemudian Tan Yu Wei menjdi pengurus bahagian logistik dan Mr DIY semakin berkembang di bawah dua pengurusan dua beradik ini.

Dengan gabungan kepakaran adik beradik itu, kini mereka beralih kepada perniagaan peralatan perkakasan rumah kerana produk itu mendapat sambutan menggalakkan dari pengguna.

Semestinya anda sudah sedia maklum bahawa harga barangan di Mr DIY adalah sangat murah berbanding pesaing mereka, ini antara strategi utama perniagaan mereka amalkan.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Pengguna belanja sakan di Mr DIY. Kredit foto: Mr DIY

Barangan yang dipasarkan diambil secara pukal dari China dengan lebih daripada 200 kontena yang masuk setiap bulan. Dengan teknik harga barangan yang murah ini, mereka berjaya menambat hati rakyat Malaysia.

Mereka juga turut melakukan kolaborasi dengan pasaraya besar seperti Aeon dan Tesco dengan membuka cawangan di gudang terkenal berkenaan. Ini bertujuan untuk mewujudkan kesedaran masyarakat terhadap perniagaan mereka.

Cawangan yang dibuka juga adalah di kawasan yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai untuk memudahkan orang membeli barangan mereka.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Cawangan Mr DIY semakin banyak dibuka. Kredit foto: Mr DIY

Strategi pemasaran yang berkesan

Mr DIY yang sering berevolusi turut mempunyai database barangan yang menjadi kegemaran pengguna yag membolehkan mereka membuka cawangan baru. Strategi tersebut amat berkesan dan mereka berjaya mengembangkan perniagaan mereka dengan cepat.

Kini perniagaan mereka telah meluas ke serata Asia Tenggara seperti Brunei, Thailand dan Indonesia.

Dengan model perniagaan hasil kejayaan dua beradik itu, pelabur asing mula melabur ke Mr DIY dan Creador merupakan pelabur terbesar dan terpenting dalam syarikat mereka.

Sepanjang kejayaan syarikat Mr DIY yang berkembang maju ini, mereka juga mempunyai anak syarikat yang dikenali sebagai Mr TOY dan Mr DOLLAR.

Dari Kedai Kecil Perkakasan Rumah Ke Syarikat Terkemuka, Ketahui Asal-Usul Pembukaan Mr DIY
Kedai e-dagang Mr DIY. Kredit foto: Mr DIY

Lagi artikel menarik di sini:

Pengasas Roti Gardenia Sabah Dibunuh, Ketahui Sejarah Di Sebalik Dua Syarikat Berbeza Di Bawah Satu Jenama
Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mohon Kerja Untuk Anak, Wanita Ini Minta Majikan Datang Ke Rumah Untuk Menemu Duga Anaknya Mohon Kerja Untuk Anak, Wanita Ini Minta Majikan Datang Ke Rumah Untuk Menemu Duga Anaknya
Next Article TUDM Laksana Latihan Pesawat Terbang Rendah Di Sekitar Daerah Sabah Bermula Hari Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?