• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya

Oleh
ILB - AI
27 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Haluan tak sama, namun berjaya

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya. Rata-rata anak muda masa kini pasti akan merantau ke ibu kota Kuala Lumpur untuk mencari peluang pekerjaan dengan hasrat mendapat bayaran yang tinggi.

Namun, bagi anak jati Sarawak ini merantau ke negeri orang bukanlah suatu perkara yang dikejar-kejar olehnya bahkan lebih nyaman berbakti di tanah kelahiran sendiri iaitu di Debak, Betong.

Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa, mendorong anak muda yang dikenali sebagai Abang Muhammad Amir Saf Abang Akim, 27 tahun, untuk berkecimpung dalam bidang penternakan lembu.

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya
Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya

Minat dalam bidang penternakan

Saudara Amir mula mengorak langkah kerjayanya dalam bidang penternakan lembu ini sejak lima tahun yang lepas, dan kini dia bekerja sebagai guru KAFA serta penternak lembu di Jalan Munggu Tunggal, Debak.

Selepas menamatkan pengajiannya di Institut Pertanian Sarawak pada 2017, Amir serta keluarganya menjalankan penternakan lembu sampai sekarang dan merupakan seorang pembekal lembu pedaging dan baka kepada penduduk sekitar terutamanya di bahagian Debak.

Minat dalam bidang penternakan ini muncul setelah dia sering mengikuti datuknya yang juga merupakan penternak lembu. Jadi minat tersebut muncul dalam dirinya membuatkan dia ingin berkecimpung dalam dunia penternakan.

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya
Lembu ternakan Amir di ladangnya. Kredit foto: Sinar Harian

Program Agropreneur Muda bantu Amir

Amir juga ingin membuktikan bahawa bekerja di kawasan kampung dengan menternak lembu, kambing dan sebagainya boleh menjadikan dirinya seorang yang berjaya walaupun ramai rakannya telah berhijrah ke semenanjung untuk mencari rezeki.

Anak sulung dari empat beradik itu berjaya mendapatkan geran menerusi Program Agropreneur Muda selepas menamatkan pengajian di Institut Pertanian Sarawak dan Sijil Pertanian Malaysia.

Menerusi geran yang diperoleh itu, Amir dapat mengembangkan penternakannya dari segi baka lembu, perubatan, mesin rumput, pagar duri dan sebagainya.

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya
Ladang lembu. Kredit foto: Sinar Harian

Di sebalik kejayaannya ini, Amir menekankan prinsip berusaha dengan gigih sehingga berjaya kerana dengan adanya usaha kita akan dapat capai tujuan tersebut.

Amir juga berharap agar akan dapat lebih banyak lembu untuk dibekalkan kepada penduduk tempatan dan boleh menjadi seorang yang mampu untuk mengeluarkan lembu-lembu pedaging kepada masyarakat luar.

Tak Perlu Merantau, Pemuda Debak Ini Buktikan Kerja Sebagai Penternak Lembu Boleh Berjaya
Amir Akim memberi makanan pada lembu ternakan. Kredit foto: Sinar Harian

Lagi kisah anak muda yang boleh dijadikan sebagai inspirasi, baca di sini:

Fasih 5 Bahasa Hanya Belajar Dari Youtube, Pemuda Dari Sabah Ini Buat Netizen Terpegun
Wifi Kerajaan Tak Mampu Sokong Temuduga Online, Pemuda Di Pakan Ini Ambil Inisiatif Hadirinya Di Dalam Hutan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ganjaran RM 150 Ribu Ditawar Kepada Orang Awam Yang Menemui Lelaki Hilang Pandu Jet Ski Di Lundu Ganjaran RM 150 Ribu Ditawar Kepada Orang Awam Yang Menemui Lelaki Hilang Pandu Jet Ski Di Lundu
Next Article Ada Pinggan Bercorak, Beli Barang Kelengkapan Rumah Di One Stop Superstore Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?