• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Darurat Di Sarawak Dijangka Dilanjutkan Sehingga 2 Februari 2022

Oleh
ILB - AI
31 Julai 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Proklamasi ini dikeluarkan di Istana Abdulaziz, Indera Mahkota, Kuantan

Darurat Di Sarawak Dijangka Dilanjutkan Sehingga 2 Februari 2022. Menurut laporan, Proklamasi Darurat yang berakhir pada Ahad, 1 Ogos 2021 akan diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari depan.

Dikatakan satu proklamasi baharu telah dipersetujui Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, pada Khamis lalu dan diterbitkan dalam warta kerajaan pada Jumaat, 30 Julai 2021.

Akan tetapi proklamasi tersebut akan dibentangkan terlebih dahulu di Parlimen Malaysia berdasarkan peruntukan Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.

Berdasarkan tangkap layar warta yang tular sebelum ini, Seri Paduka Baginda yang merupakan ketua utama negara bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia menzahirkan rasa puas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu COVID-19.

“Bahawasanya menurut Fasal (3) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak, Dewan Undangan Negeri bagi Negeri Sarawak telah sepatutnya terbubar pada 7 Jun 2021, tetapi Fasal (3) Perkara 21 tidak mempunyai kesan menurut perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 [P.U. (A) 12/2021] yang menggantung pembubaran Dewan Undangan Negeri.

“Perenggan 15(1)(a) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akan terhenti berkuat kuasa pada 2 Ogos 2021 mengikut Proklamasi Darurat [P.U. (A) 7/2021] yang dikeluarkan pada 11 Januari 2021 yang pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri dikehendaki untuk diadakan dalam 60 hari dari 2 Ogos 2021 mengikut Fasal (4) Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.

Titah Seri Paduka Baginda, Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa dalam keadaan yang tersebut baginda boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat untuk menggantung pilihan raya umum ke Dewan Undangan Negeri untuk menghalang daripada terus merebaknya wabak COVID-19 jika pilihan raya umum diadakan.

“Maka, oleh yang demikian, beta, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi negeri-negeri dan wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada beta sebagaimana yang tersebut di atas mengisytiharkan bahawa suatu darurat besar sedang berlaku dan bahawa Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Negeri Sarawak mulai 2 Ogos 2021 hingga 2 Februari 2022.

Baca juga artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19 Ini Adalah 6 Perkara Anda Perlu Tahu Jika Anda Sudah Terima Vaksin COVID-19
Next Article Nama Unik Dan Sukar Disebut, Bekas Pelajar UNIMAS Badjie Xatieqoutieqc Ibadallah Tarik Perhatian Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?