• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Datuk’ Dan Penjawat Awam Direman, Didakwa Terlibat Rasuah Projek Besar Di Sarawak

Oleh
Nazihah AN
9 Disember 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
'Datuk' Dan Penjawat Awam Direman, Didakwa Terlibat Rasuah Projek Besar Di Sarawak

SPRM Tahan Dua Suspek Termasuk Seorang ‘Datuk’ Positif Dadah

‘Datuk’ Dan Penjawat Awam Direman, Didakwa Terlibat Rasuah Projek Besar Di Sarawak. Seorang pengarah syarikat bergelar ‘Datuk’ dan seorang penjawat awam kini menjadi perhatian selepas direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama lima hari, bermula Khamis hingga 9 Disember.

Dua individu berusia lingkungan 40 hingga 50 tahun itu didakwa terlibat dalam aktiviti rasuah melibatkan projek pembinaan bernilai sekitar RM250 juta.

'Datuk' Dan Penjawat Awam Direman, Didakwa Terlibat Rasuah Projek Besar Di Sarawak
Sumber gambar: Pexels

2 Individu Disiasat SPRM Sebab Projek Besar Sarawak

Menurut sumber SPRM, mereka dipercayai bekerjasama untuk membolehkan beberapa syarikat mendapat projek pembinaan yang dikeluarkan oleh sebuah pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) di Sarawak.

“Kesalahan ini dipercayai dilakukan antara tahun 2022 hingga 2024. Sebagai balasan, mereka menerima ‘ganjaran’ untuk memastikan projek tersebut jatuh ke tangan syarikat yang mereka pilih,” kata sumber tersebut.

Lebih mengejutkan, ketika ditahan sekitar jam 5.30 pagi di Pejabat SPRM Sarawak untuk memberi keterangan, kedua-dua suspek disahkan positif methamphetamine selepas ujian dadah dilakukan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan ini dan memaklumkan bahawa kes tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 17 Akta SPRM 2009. Katanya, ada kemungkinan lebih ramai individu akan ditahan bagi membantu siasatan.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember
JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selepas 3 Tahun Terhenti, Feri Express Labuan-KK Kembali Beroperasi Mulai 15 Disember
Next Article Pasukan KV Keningau Juara Kejohanan Tarik Tali SATWA

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?