• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sebelum Bercuti Ke Sarawak, Ini Barang Penting Yang Anda Perlu Sediakan

Oleh
Nazihah AN
7 Disember 2024
Kongsi
5 Min Bacaan
Sebelum Bercuti Ke Sarawak, Ini Barang Penting Yang Anda Perlu Sediakan

Nak melancong ke Sarawak kena check benda ni

Sebelum Bercuti Ke Sarawak, Ini Barang Penting Yang Anda Perlu Sediakan. Sarawak, sebuah destinasi yang kaya dengan budaya, alam semula jadi, dan makanan yang memikat hati. Tapi sebelum anda teruja mengemas beg, pastikan semua dokumen dan keperluan penting sudah tersedia. Jangan sampai percutian yang diimpikan bertukar menjadi mimpi ngeri hanya kerana anda terlepas pandang beberapa perkara!

Isi Isi Penting
  • 1. Bawa PASSPORT atau MyKad+Pas Lawatan (Bagi Warga Asing)
  • 2. Jangan Terlepas Pandang Tiket dan Dokumen Tempahan
  • 3. Barang Keperluan Wajib Dibawa
  • 4. Keselamatan dan Insurans Perjalanan
  • 5. Bersedia Dengan Wang Tunai
  • 6. Hormati Budaya Tempatan

Berikut adalah panduan ringkas dan mudah difahami untuk anda yang merancang bercuti ke Sarawak, terutama bagi warga Semenanjung.

Sebelum Bercuti Ke Sarawak, Ini Barang Penting Yang Anda Perlu Sediakan.
Sumber gambar: IG melancong.my

1. Bawa PASSPORT atau MyKad+Pas Lawatan (Bagi Warga Asing)

Kalau anda rakyat Malaysia, berita baik! Anda tak perlukan passport untuk masuk ke Sarawak. Cukup bawa MyKad anda. Tetapi perlu diingat, anda akan diberikan dokumen Pas Lawatan Sosial selama 90 hari. Ia akan dicop pada kad ketibaan di lapangan terbang atau terminal feri.

Satu-satunya downside tentang dokumen ini ialah ia hanya lah sekeping kertas yang nipis dan mudah koyak. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menyimpan dokumen ini sebaik mungkin. Kalau hilang, tak pasal-pasal kena tuduh PATI pula kan?

Baca lebih lanjut sini👉🏻Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Bagi warga asing pula, passport dan dokumen perjalanan antarabangsa WAJIB dibawa. Pastikan ia sah laku lebih dari 6 bulan untuk elakkan masalah di pintu masuk!

Nota: Semua ini berlaku kerana Sarawak memiliki autonomi imigresen tersendiri. Jadi walaupun dalam negara, peraturannya sedikit berbeza.

2. Jangan Terlepas Pandang Tiket dan Dokumen Tempahan

Percutian ini bukannya “last minute,” kan? 😜 Sebelum bergerak:

  • Tiket penerbangan: Pastikan nama dan maklumat dalam tiket sepadan dengan dokumen pengenalan anda.
  • Bukti tempahan penginapan: Beberapa penginapan mungkin memerlukan salinan tempahan anda semasa mendaftar masuk.
  • Itinerari perjalanan: Tak wajib, tapi bagus untuk ada rujukan sekiranya imigresen bertanya tentang tujuan perjalanan anda.

3. Barang Keperluan Wajib Dibawa

Tak lengkap bercuti tanpa bawa barang keperluan asas. Apa yang perlu ada dalam beg anda?

  • Pakaian kasual & selesa – Cuaca di Sarawak biasanya panas dan lembap, jadi kain kapas atau pakaian ringan lebih sesuai.
  • Kasut tahan lasak – Sesuai untuk anda yang ingin menjelajah gua atau hutan hujan.
  • Ubat-ubatan asas – Termasuk plaster luka, minyak angin, dan ubat demam.

Kalau anda nak ke kawasan pedalaman seperti Bario atau Bakelalan, bawa power bank atau lampu suluh juga. Elektrik di kawasan tersebut mungkin terhad.

4. Keselamatan dan Insurans Perjalanan

Perlu ke? Jawapannya: YA.
Insurans perjalanan akan melindungi anda daripada pelbagai situasi tak diduga seperti kehilangan bagasi atau kemalangan kecil. Jadi, walaupun nampak macam perbelanjaan tambahan, ia sebenarnya sangat membantu dalam keadaan kecemasan.

5. Bersedia Dengan Wang Tunai

Tak semua kawasan di Sarawak mesra e-wallet. Kalau anda bercadang untuk ke pasar tradisional, membeli kraftangan tempatan, atau makan di kedai kecil, wang tunai adalah penyelamat anda. Pastikan anda ada wang pecah untuk memudahkan urus niaga.

6. Hormati Budaya Tempatan

Sarawak terkenal dengan budaya dan tradisi yang pelbagai. Beberapa etika penting:

  • Minta izin sebelum mengambil gambar orang tempatan.
  • Hormati adat di rumah panjang. Anda mungkin perlu menyerahkan sedikit cenderahati atau sumbangan jika berkunjung ke sini.
  • Jangan lupa belajar beberapa frasa tempatan seperti “Makseh” (terima kasih) dalam bahasa Sarawak.
  • Nak belajar frasa mudah Sarawak boleh baca sini👉🏻Ini Frasa Berguna Jika Anda Melancong Ke Sarawak

Sarawak menjanjikan pengalaman percutian yang luar biasa, tetapi persiapan yang lengkap adalah kunci untuk menikmatinya sepenuhnya. Sediakan dokumen, kemas barang penting, dan jangan lupa senyum sepanjang perjalanan.

Jadi, anda dah bersedia untuk terbang ke Sarawak? Let’s go, Borneo style! Kongsikan pengalaman anda bercuti di Sarawak di ruangan komen💓

Baca juga artikel menarik di bawah:

Ini Panduan Lengkap Percutian Ke Temajuk Tanpa Guna Passport
Rupa-Rupanya Ramai Tak Tahu, Ketahui Kegunaan Passport Biru Ini Yang Digelar ‘Dokumen Perjalanan Terhad’
Tak Semua Perlu Passport Merah, Ini Dokumen Perjalanan Malaysia Yang Anda Perlu Tahu

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan JPA Wajibkan Semua Penjawat Awam Miliki BMI Sihat Mulai Tahun Depan
Next Article Sarawak Bakal Tubuhkan Tiga Pusat Astronomi Di Bintulu, Kuching Dan Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?