• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

DBKK Nafi Isu Kompaun Beg Plastik, Kempen Masih Dalam Fasa Kesedaran

Oleh
Farisha
7 Mei 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Tiada kompaun dikeluarkan untuk penggunaan beg plastik, kata DBKK

DBKK Nafi Isu Kompaun Beg Plastik, Kempen Masih Dalam Fasa Kesedaran. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menafikan dakwaan yang tersebar menerusi sebuah video tular di media sosial, yang mendakwa seorang individu telah dikenakan kompaun kerana menggunakan beg plastik semasa membeli-belah di sekitar bandar.

Dalam kenyataan rasmi yang dimuat naik menerusi laman Facebook DBKK pada hari Rabu, pihak berkuasa tempatan itu menjelaskan bahawa tiada sebarang notis kompaun pernah dikeluarkan terhadap orang awam berhubung penggunaan beg plastik pakai buang.

DBKK Nafi Isu Kompaun Beg Plastik, Kempen Masih Dalam Fasa Kesedaran
DBKK Nafi Isu Kompaun Beg Plastik, Kempen Masih Dalam Fasa Kesedaran. Gambar hiasan.

Undang-Undang Masih Dalam Pertimbangan

DBKK menjelaskan bahawa undang-undang kecil berkaitan larangan penggunaan beg plastik masih dalam peringkat kajian dan pertimbangan, dan oleh itu, belum dikuatkuasakan secara rasmi. Maka, tindakan penguatkuasaan seperti kompaun tidak berbangkit pada masa ini.

Kempen “Hari-Hari Bawa Beg Bah” Masih Dalam Fasa Awal

Untuk makluman orang ramai, kempen “Hari-Hari Bawa Beg Bah” yang dilancarkan pada 1 Ogos 2024 kini berada dalam fasa kesedaran. Melalui kempen ini, DBKK ingin menggalakkan penduduk bandar untuk membawa beg guna semula (reusable bag) setiap kali keluar membeli-belah, sebagai langkah awal untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.

Pengecualian Diberikan Kepada Peniaga Barangan Basah

Dalam masa yang sama, DBKK turut menjelaskan bahawa pengecualian diberikan kepada peniaga yang menjual barangan basah seperti ikan, daging dan makanan laut di pasar-pasar yang berada di bawah bidang kuasa mereka.

Ini bermakna peniaga-peniaga tersebut dibenarkan menggunakan plastik buat masa ini atas sebab keperluan operasi dan kebersihan.

Seruan Kepada Orang Awam

DBKK menyeru agar orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan kandungan tidak sahih yang tersebar di media sosial. Sebarang kemas kini rasmi akan disalurkan melalui saluran komunikasi DBKK sendiri.

Pihak DBKK juga berharap masyarakat akan bersama-sama menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar dengan mengamalkan penggunaan beg guna semula sebagai gaya hidup harian.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lancar Semula Kempen Bebas Beg, Sandakan Mansuh Caj 20 Sen Beg Plastik Mulai 1 Januari
Kota Kinabalu Lancar Kempen ‘Tiada Beg Plastik’ Bermula 1 Ogos
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article MetMalaysia Jangka Cuaca Kering Dan Jerebu Di Beberapa Kawasan Sabah dan Sarawak MetMalaysia Jangka Cuaca Kering Dan Jerebu Di Beberapa Kawasan Sabah dan Sarawak
Next Article Pinggan Sumbing Dan Periuk Berkarat, SMC Keluarkan Amaran Kepada Premis Makanan Di Sibu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?