• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching

Oleh
Husna Hazmi
29 Disember 2024
Kongsi
3 Min Bacaan

Sukan SEA 2027 dihoskan bersama Sarawak di Kuching

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching. Dilaporkan, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyeru agar lokasi pertandingan bagi temasya Sukan SEA 2027 yang bakal dihoskan bersama oleh Sarawak, diselaraskan di sekitar Kuching sahaja.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia, Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, pihaknya tidak mahu lokasi pertandingan bertaburan seperti temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang diadakan di sembilan bahagian di Sarawak pada Ogos lalu.

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching
Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching

Keutamaan di Kuching

Menurut beliau, Sarawak telah menyatakan hasrat untuk menganjurkan acara perasmian dan beberapa sukan seperti terjun. Namun, OCM berpendapat bahawa semua acara perlu dikumpulkan di satu lokasi bagi mengelakkan cabaran logistik kepada negara-negara peserta.

“Kami akan memberi keutamaan kepada apa yang Kuching boleh hoskan. Namun, ada sukan seperti pelayaran dan berbasikal trek yang memerlukan venue tertentu, jadi perbincangan lanjut akan diadakan apabila Jawatankuasa Penganjur Sukan SEA Malaysia (MASOC) dibentuk,” katanya kepada media.

MASOC dijangka ditubuhkan pada pertengahan 2025 bagi memastikan persediaan Malaysia untuk mengambil alih kepimpinan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) selepas temasya di Thailand dari 9 hingga 20 Disember tahun depan.

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching

Cadangan dari Persatuan Sukan Negara

MOM turut meminta agar persatuan sukan kebangsaan (NSA) mengemukakan cadangan berkaitan perancangan bagi Sukan SEA di Thailand dan Malaysia untuk menentukan senarai sukan serta acara tambahan.

“Hanya selepas itu kami boleh memutuskan sama ada akan menganjurkan sukan tertentu atau tidak. Selain itu, jika majlis perasmian diadakan di Sarawak, kami mahu majlis penutup dilangsungkan di Kuala Lumpur,” tambahnya.

Majlis Olimpik Malaysia Mahu Lokasi Pertandingan Sukan SEA Dihimpunkan Di Kuching
Sumber gambar: The Vocket

Minat Dari Negeri Lain

Selain Sarawak, Pulau Pinang turut menyatakan minat untuk menganjurkan sukan snuker dan billiard, manakala Johor pula berminat untuk menganjurkan acara bola sepak.

Mengikut Piagam dan Peraturan SEAGF, penganjur boleh menambah sukan lain selain sukan wajib seperti akuatik dan olahraga, asalkan disertai sekurang-kurangnya empat negara.

Senarai akhir sukan dan acara harus dimaklumkan kepada negara peserta sekurang-kurangnya 15 bulan sebelum Sukan SEA bermula.

Tarikh rasmi untuk temasya Sukan SEA 2027 masih belum ditentukan.

Lagi mengenai Sukan SEA di sini:

Tiada Stadium Baharu Di Sarawak Untuk Sukan SEA 2027, Naik Taraf Jadi Pilihan
Stadium Sarawak Dipilih Sebagai Venue Upacara Pembukaan Sukan SEA 2027
SUMBER :UKAS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article DBKU Hidupkan Seni Kontemporari Bertemakan Kucing Di Muzium Kucing
Next Article Syurga Alam Untuk Ditakluki, Ini 5 Destinasi Gunung Tertinggi Di Sabah Syurga Alam Untuk Ditakluki, Ini 5 Destinasi Gunung Tertinggi Di Sabah

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?