• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen

Oleh
Nazihah AN
15 Oktober 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen

Kejadian berlaku di Jalan Satok, Kuching

Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen. Seperti sudah menjadi norma baharu apabila pejalan kaki lebih rela menanggung risiko untuk melintas jalan tanpa menggunakan jejantas atau lintasan pejalan kaki.

Rupanya ada yang sanggup merisikokan nyawa mereka asalkan dapat menjimatkan masa. Antaranya mereka yang tidak hirau mengenai keselamatan diri terutamanya dengan situasi jalan raya di ibu kota yang sentiasa dipenuhi kenderaan.

Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen
Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen. (Google Maps)

Aksi pejalan kaki ini membahayakan pengguna jalan raya

Terbaharu, tular 2 buah video rakaman dashcam yang sempat diambil oleh pemandu jalan raya melibatkan aksi berbahaya pejalan kaki yang sedang melintas jalan.

Video tersebut telah dikongsi menerusi laman Facebook milik Sarawak Roads Update dan telah menarik perhatian netizen sebanyak 5.7K kali tontonan setakat artikel ini ditulis.

Lihat video penuh di bawah:

https://www.facebook.com/watch?v=554084379818196

Tindakan pejalan kaki tersebut seperti mengundang masalah sendiri

Menerusi video berdurasi 12 saat tersebut, kelihatan individu sedang mencuba untuk memberhentikan kenderaan yang sedang bergerak untuk dirinya melintas jalan. Kejadian tersebut difahamkan di Jalan Satok, iaitu berhadapan dengan Wisma Satok.

Bagi pengguna jalan di sekitar Kuching pasti tahu akan kesesakan lalu lintas di Jalan Satok dan kenderaan yang dipandu agak laju di kawasan tersebut. Biarpun sudah diberi kemudahan seperti jejantas untuk melintas jalan, tetapi pejalan kaki ini memilih untuk tidak menggunanya.

Aksi pejalan kaki yang ‘berani mati’ ini telah mengundang reaksi netizen di laman sosial. Lihat komen netizen di bawah:

Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

Kemudahan dah disediakan gunalah, kalau dah kena lantak nanti salahkan orang”

Netizen

Ada jejantas tak nak guna, nanti tak ada jejantas minta buatkan.. Kali jejantas tu dibina untuk hiasan je kot”

Netizen
Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update
Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen
Tangkapan layar dari FB Sarawak Roads Update

Nasihat buat pengguna jalan raya di luar sana, dah ada kemudahan tu gunalah sebaiknya. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri sendiri, ada pengguna lain yang hilang nyawa. Fikir-fikirlah ya..

Lagi artikel menarik yang anda boleh baca. Lihat pautan di bawah:

Pasar Serikin Kembali Beroperasi, Netizen Ujar Harga Barang Semakin Mahal
Lan Berambeh 2022 Berlangsung Hari Ini, Dijangka Lebih 6,000 Anak Sarawak Bakal Hadir
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Next Article Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?