• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu

Oleh
Nazihah AN
15 Oktober 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu

Kalau melancong ke Sibu, jangan lupa untuk cuba hidangan di sini!

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu. Sibu adalah sebuah bandar terkemuka dan moden yang terletak di tengah Sarawak.

Isi Isi Penting
  • 1. Mee Sua
  • 2. Sibu King Prawn Noodle
  • 3. Ding Bian Hu
  • 4. Kompia
  • 5. Mee Kampua
  • 6. Tang Yuan

Seperti semua negeri dan bandar di Malaysia yang lain, Sibu juga merupakan syurga makanan dan mempunyai makanan tempatan yang mesti dicuba sendiri. Berikut adalah hidangan yang anda patut cuba di Sibu:

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu

1. Mee Sua

Mee Sua adalah salah satu daripada hidangan popular dalam masyarakat Foochow dari Sibu. Mee nya pula menggunakan mee sua / rice-noodles/ vermicelli dan dihidangkan dalam sup yang biasanya dibuat daripada wain merah Cina dan halia, bersama isi ayam yang direbus sehingga lembut.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gambar: noobcook.com / kimbasliving.com

Hidangan ini juga anda boleh dapati tanpa menggunakan wain merah Cina. Kini, terdapat banyak tempat makan yang menghidangkan mee sua yang halal di Sibu ini. Jangan risau, walaupun rasanya tidak sama seperti mee sua yang asli, tetapi rasanya tetap menyenangkan perut anda!

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gambar: FB Borneo

2. Sibu King Prawn Noodle

Mee ini juga merupakan hidangan yang popular di Sarawak. Mee Raja Udang versi Sibu ini terdiri daripada mee kuning yang dicelur dalam sup berasaskan udang dan kaya dengan rempah. Makanan ini dihidangkan serta dua atau tiga ekor udang gergasi yang segar dari Sungai Rejang.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gambar: elanakhong.com

Kini, anda juga boleh dapatkan hidangan ini di mana-mana tempat di daerah dalam Sarawak. Antara tempat terkenal yang menghidangkan mee udang ini adalah di Min Kong Cafe.

3. Ding Bian Hu

Ding Bian Hu adalah salah satu rahsia terbaik Sibu. Hidangan legend yang digemari ramai di kalangan masyarakat Foochow ini adalah berunsurkan sup tulang babi yang di didih bersama tepung beras.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu. Sumber gambar: borneofoodie.com

Ding Bian Hu juga dihidangkan bersama sotong, bawang goreng, kulat hitam, daun bawang yang dipotong, daylilies yang kering, stok ikan, bebola ikan yang dihiris, serta daging babi dan hati babi yang dihiris. Sayangnya, hidangan ini tidak ada yang halal kerana bahan utama dalam pembuatan Ding Bian Hu ini adalah daging babi.

4. Kompia

Dianggap sebagai salah satu hidangan kegemaran orang Sarawak untuk minum petang, roti kompia diperbuat daripada bawang, garam dan tepung dan biasanya diisi dengan daging sebagai inti. Kompia ini juga dianggap bagel bagi orang Sibu.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu

Roti kompia ini sememangnya hidangan yang popular di Sibu, tetapi kini, anda juga boleh dapatkan di mana-mana tempat di Sarawak. Dan semestinya, rasanya juga lebih kurang sama dengan yang autentik di Sibu.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gambar: Sarawaktourism.com

Secara tradisinya roti ini dihidangkan disumbat dengan hirisan daging babi rebus atau sudu daging babi cincang. Kini pelbagai kompia disediakan termasuk versi berperisa keju dan manis yang boleh dinikmati sendiri.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gambar: FB Travel With Seth

5. Mee Kampua

Hidangan mee Kampua ini mempunyai banyak persamaan dengan mee kolok. Apa yang membezakannya adalah tekstur mi buatan tangan, ia licin, lembut dan memberikan sensasi yang dapat menjadikan hidangan comfort food anda.

Bagi masyarakat Foochow, mee Kampua yang asli dihidangkan bersama Char Siu (hirisan daging babi panggang) dan rasa yang kaya adalah salah satu yang tidak boleh hilang tanpa ramuan lemak babi. Topping termasuk daging babi cincang, sayur-sayuran, char siew dan wonton, disertai dengan semangkuk sup

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sumber gamnbar: borneofoodie.com

Usah risau, kini anda juga boleh dapatkan Mee Kampua yang halal di Sibu dan juga di Kuching. Ramai chinese-muslim di Sarawak yang berniaga mee Kampua yang halal.

6. Tang Yuan

Hidangan Tang Yuan ini, persis seperti mochi yang dihidangkan di Jepun. Teksturnya yang kenyal secara tradisinya, bebola tepung pulut ini dimakan semasa musim perayaan atau hari lahir dan perkahwinan.

Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu
Sedap Dan Autentik, Ini Adalah 6 Hidangan Yang Anda Wajib Cuba Di Sibu

Sebuah gerai di Pasar Besar Sibu menjual sup manis Tang Yuan pada harga RM2 semangkuk. Bebola datang dalam pelbagai warna dan dihidangkan dalam air yang direbus dengan daun pandan (Screwpine). Anda boleh memilikinya secara tradisional iaitu dalam sup atau kering dengan adunan kisar kacang tanah dan gula

Lagi tempat makan menarik di Sibu yang anda kena tahu. Lihat pautan di bawah:

Mi Buatan Tangan Yang Enak Dan Istimewa, Jom Cuba Arki Sapi Di Sibu
Dari Hidangan Utama Hingga Pencuci Mulut, Secret Garden Sibu Tawar Aneka Makanan Menarik
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lan Berambeh 2022 Berlangsung Hari Ini, Dijangka Lebih 6,000 Anak Sarawak Bakal Hadir
Next Article Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?