I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut

Oleh Kedung BK 15 Oktober 2022
Kongsi
6 Min Bacaan
Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut

Kelangsungan hidupnya dianggap satu keajaiban

Ikan Jerung Mengelilingi Rakit, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut. Bagi mereka yang biasa dengan laut, mereka pasti tahu bahawa laut adalah tempat yang berbahaya jika tidak diambil serius.

Bagi lelaki ini pula, keazamannya untuk belayar merentasi lautan mengakibatkan dia terkandas di laut selepas bot layarnya karam, menyebabkan dia hanyut selama 76 hari tetapi secara ajaibnya terselamat!

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut

Bercita-cita untuk belayar melalui Lautan Atlantik selepas bercerai

Pada tahun 1981 selepas mengalami perceraian, Steven Callahan didorong dengan cita-cita untuk belayar melalui Lautan Atlantik dengan bot 21 kakinya yang dipanggil ‘The Napoleon Solo’ – nama yang sengaja dipilihnya ketika dia memutuskan untuk belayar di lautan sendirian.

Dia memulakan pelayarannya dari Newport, Rhode Island A.S., belayar ke Bermuda dan kemudian belayar ke England dari sana. Perjalanannya diteruskan sehingga ke Antigua, Pulau Caribbean dan mula mengalami masalah dari sana.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Steven Callahan. Sumber: Cruising World

Botnya mula mengalami kerosakan teruk akibat cuaca buruk tetapi dia berjaya mengatasi masalah tersebut dengan membuat pembaikan yang diperlukan.

Dia akhirnya pergi ke Sepanyol dan Portugal, tetapi mula mengalami masalah besar ketika dalam perjalanan pulang ke Antigua.

Bot layar dilanggar, terpaksa meninggalkan botnya yang karam

Pada Januari 1982, hanya seminggu selepas memulakan pelayarannya, bot Callahan telah dilanggar oleh apa yang dipercayai ikan paus, menyebabkan kerosakan besar pada bot itu.

Kerosakan teruk bot berkenaan menyebabkan Callahan meninggalkan botnya dengan melarikan diri dengan bot penyelamat. Sebelum itu, dia terkapai-kapai membuang apa sahaja yang dia boleh dari botnya ke dalam bot penyelamatnya.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Gambar sekadar hiasan.

Ia telah dilaporkan dia terpaksa menyelam beberapa kali kembali ke dalam botnya yang karam untuk mendapatkan barang-barang penting untuk kelangsungan hidup. Dia juga mengalami kesukaran mencari barang-barang terbabit kerana dia tidak dapat melihat di bawah air dan terpaksa mengemudi botnya mengikut ingatan.

Antara barang yang berjaya diperolehinya ialah tali pancing, penulen air dan sebuah speargun. Untuk makanan, dia berjaya memperolehi kacang tanah dan kismis, telur, kobis, corned beef, kacang panggang dan sebotol air. Walaupun berjaya menyelamatkan barangan keperluan makanan, dia menganggarkan baki stoknya hanya bertahan selama dua minggu setengah.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Rakit yang digunakan Callahan. Sumber: Reddit

Terpaksa memakan makannya secara mentah

Hanyut di tengah lautan dengan sumber yang sangat sedikit yang tersedia untuknya, dia terpaksa mencari cara untuk terus hidup. Selain memancing ikan, dia akan kadang-kadang memburu burung. Oleh kerana tiada punca api, dia tiada pilihan selain memakan makanannya secara mentah.

Walaupun mempunyai penulen air, ia tidak banyak membantunya untuk mendapatkan air segar. Sebaliknya, dia terpaksa menggunakan belon untuk menangkap air hujan. Dengan kaedah ini, dia hanya mampu memperoleh kira-kira 600ml air sehari, hampir tidak cukup untuk memastikan dia terus hidup.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Gambar sekadar hiasan.

Untuk menavigasi, dia terpaksa kembali kepada teknik navigasi lama, mencipta sebuah sexton daripada pensel. Sekiranya anda tidak tahu, sexton ialah peranti yang digunakan untuk navigasi untuk mengukur ufuk dan objek angkasa seperti bintang dan planet.

Dengan alat ini, dia dapat menganggarkan secara kasar di mana dia berada dan di mana untuk mengarahkan rakitnya. Menggunakan Bintang Utara sebagai panduan, dia mengarahkan rakitnya ke arah Hindia Barat dengan harapan untuk mendapat bantuan di sepanjang jalan.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Sumber: Humboldt

Dikelilingi ikan jerung

Selepas beberapa minggu di laut, rakitnya mula mempunyai koloni teritip yang tumbuh di bahagian bawahnya dan menarik ikan. Ikan ini kemudian akan ditangkap dan dimakannya. Malangnya, ikan ini juga menarik ikan jerung yang akan terus mengelilingi rakitnya.

Terdapat satu kejadian di mana dia secara tidak sengaja mengoyakkan lubang pada rakitnya apabila mata kail alat pancingnya tersangkut semasa memancing. Ini turut memaksa Callahan melakukan pembaikan tergesa-gesa dengan lengannya di bawah air – sepanjang masa dikelilingi oleh jerung.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Sumber: Quora

Beberapa kali cuba menarik perhatian kapal berdekatan tetapi tidak berjaya

Selama hanyut di laut, sekurang-kurangnya tujuh kapal melaluinya, dengan dua daripadanya sekitar kurang 2KM darinya. Walaupun cuba menarik perhatian mereka – termasuk menggunakan flare gun – percubaannya sia-sia.

Pada hari ke-76 hanyut di laut, rakitnya dikesan oleh sekumpulan nelayan di Guadalupe, Mexico dan akhirnya Callahan diselamatkan.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Keadaan Callahan ketika diselamatkan.

Pengalaman yang tidak dapat dilupakan

Walaupun mengalami pengalaman traumatik, Callahan mengingati pengalamannya dalam sebuah buku berjudul “Adrift: Seventy-six Days Lost at Sea” dan memoirnya menjadi asas siri televisyen “I Shouldn’t Be Alive” pada 2010, 29 tahun selepas dia diselamatkan.

Pengalamannya hanyut di laut juga memberinya peluang untuk menjadi penasihat filem Life of Pi pada tahun 2012, yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang terperangkap di atas rakit di tengah lautan bersama seekor harimau. Dia juga membuat alat peraga dan alat yang dilihat dalam filem itu.

Menurutnya, filem itu sangat realistik, dia mengalami kesukaran untuk menontonnya memandangkan ia sama dengan pengalamannya (of course, minus the tiger!)

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Sumber: IMDb

Berdasarkan pengalamannya, dia menyumbang dalam membantu membangunkan reka bentuk bagi rakit penyelamat yang lebih baik, yang dipanggilnya ‘The Clam’.

Rakit yang lebih baik ini dicipta sebagai rakit utiliti yang dilengkapi dengan kanopi untuk melindungi seseorang daripada dedahan berpanjangan kepada matahari dan mengumpul air hujan, dengan harapan ia akan lebih berguna untuk orang lain yang mungkin berada dalam situasi yang sama seperti yang dia lalui bertahun-tahun lalu.

Rakit Dikelilingi Ikan Jerung, Ketahui Bagaimana Lelaki Ini Bertahan Selama 76 Hari Di Laut
Sumber: Cruisers Forum

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen Degil Tak Nak Guna Jejantas, Aksi Selamba Pejalan Kaki Di Satok Ini Undang Reaksi Netizen
Next Article Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai 'Asal Usul' Kadazan-Dusun Nunuk Ragang, Ketahui Tempat Yang Dipercayai Sebagai ‘Asal Usul’ Kadazan-Dusun

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Wanita Ini Antara Penyambung Legasi Dastar, Tenunan Berwarna Warni Dari Sabah
Cerita Borneo 18 Februari 2023
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?