• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan

Oleh
Farisha
5 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

Kesejahteraan Bayi Terabai Akibat Boikot Produk Israel, Ibu Terpaksa Patuh Arahan Suami

Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan. Seorang wanita mendedahkan di media sosial bahawa dia dan suaminya telah memboikot jenama susu formula yang diminum oleh bayi mereka kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Israel.

Menerusi perkongsian wanita itu di kumpulan Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIMM), bayi mereka yang berusia enam bulan mengalami pendarahan semasa buang air besar, yang dipercayai tidak serasi dengan susu formula baru.

Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan
Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan. Gambar hiasan. Sumber: satuberita

Si isteri perlu patuh arahan suami

Menurut sumber, walaupun bayinya menghadapi masalah kesihatan, si ibu menyatakan bahawa dia merasa terpaksa mengikut arahan suaminya untuk mengelakkan penggunaan jenama yang telah digunakan sebelumnya.

“Assalamualaikum semua, ada yang pengalaman baby buang air besar berdarah tak? Anak saya enam bulan, sejak mula kempen boikot dah tukar susu empat kali daripada susu asal.

“Dah jumpa doktor, cuma dapat air garam dan krim sapu sahaja. Doktor nasihatkan untuk tukar susu lain. Tapi saya terikat dengan taklik kalau bagi anak minum susu yang diboikot, nanti jatuh talak.

“Jadi ibu-ibu lain boleh cadangkan saya susu lain tak? Saya pun dah cuba beberapa susu jenama lain. Tolong bantu saya. Saya buntu,” ujar wanita yang tidak mendedahkan identitinya itu.

Pelbagai reaksi dari netizen, ada yang menyelar perbuatan si suami tidak masuk akal

Menjengah ke ruangan komen pula, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi dari pengguna Facebook dan menjadi topik perbincangan di laman X setelah dikongsi oleh seorang netizen.

“Saya rasa ini menjadi tidak masuk akal. Boikot harus berdasarkan alasan, bukan emosi atau sentimen,” ujar salah seorang pengguna di media sosial.

Si suami tergamak guna taklik untuk perkara tersebut

Malah, segelintir netizen turut meluahkan kemarahan mereka terhadap tindakan cetek pasangan tersebut yang menjejaskan kesihatan bayi mereka.

Pada masa yang sama, netizen juga mengkritik suami wanita tersebut kerana menggunakan syarat ‘taklik’ secara tidak masuk akal.

Untuk makluman, taklik adalah sebuah deklarasi yang dibuat sebagai syarat untuk membatalkan perkahwinan jika berlaku sesuatu yang bertentangan dengan ‘taklik’ tersebut, yang akan menyebabkan perceraian jika syarat itu dilanggar.

Baca juga artikel yang berkaitan mengenai boikot:

Netizen Berniat Boikot, Isu Nasi Campur Terlampau Mahal Buat Para Peniaga Medan Selera Lundu Berduka
Harga Melonjak Naik, Netizen Boikot Daging Babi Sampai Gawai Minta Kerajaan Kawal Harga
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Next Article Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?