I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Reading: Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Font ResizerAa
I Love Borneo I Love Borneo
Font ResizerAa
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang

Oleh Farisha 4 November 2023
Kongsi
5 Min Bacaan

Tak sah trip ke Sibu jika tidak melawat ke sini

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang. Bandaraya Sibu, Sarawak merupakan sebuah bandar yang mempunyai majoriti penduduk yang berbangsa Cina diikuti oleh Iban, Melanau dan Melayu. Maka, tidak hairanlah jika terdapat tokong-tokong Cina yang tersergam indah di sekitar bandaraya ini. Tapi, apalah makna kunjungan anda ke sini jika anda tidak mengambil kesempatan untuk melawat ke landmark keramat bandaraya ini, kan?

Di sini kami kongsikan serba sedikit info tentang tokong cina yang menjadi tarikan pelancong di Sibu.

1. Tua Pek Kong Temple (Sibu Eng Ann Teng Tua Pek Kong) & Goddess of Mercy Pagoda

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang. Kredit : Flickr

Eng Ann Teng Tua Pek Kong ini dibina sejak tahun 1890 iaitu kira-kira 100 tahun yang lalu. Ia terletak di pinggir Sungai Rajang dan merupakan tokong yang paling tua dan terpelihara di Sibu. Dikhabarkan, bahan-bahan binaan tokong ini diimport dari negara China termasuk patung dewa utama iaitu Dewa Tua Pek Kong.

Artikel Lain

Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Ini Panduan Short Escape Selama 3 Hari 2 Malam Ke Bintulu
Nikmati Suasana Tenang Di Libiki Bamboo Resort Bau Yang Dikelilingi Alam Semula Jadi
Ini 7 Shopping Mall Paling Best Di Kuching Yang Anda Boleh Terokai

Diiktiraf Sebagai Pagoda Paling Proportioned di Luar China

Tua pek kong ini pada asalnya hanya diperbuat daripada kayu namun dibina semula pada tahun 1897 mengikut reka bentuk Taoist bersama-sama sebuah pagoda 7 tingkat khas untuk Dewi Kasih Sayang (Kuan Yin). Ia mengalami sedikit kerosakan akibat perang dunia kedua sekitar tahun 1942 namun masih dapat dipulihkan. Untuk pengetahuan anda juga, tua pek kong ini digelar sebagai pagoda yang paling proportioned di luar tanah besar China.

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang. Kredit : Steemit

Boleh Naik Tingkat Atas Pagoda Untuk Melihat Sunset!

Apa yang boleh anda lakukan di sini ialah menaiki tingkat atas pagoda dan menikmati pemandangan Sungai Rajang serta kawasan sekitar Sibu. Cadangan waktu ialah sekitar waktu matahari terbenam. Pada masa itu, anda boleh menyaksikan burung-burung berterbangan. Anda juga dapat melihat ukiran batu dan berehat di bawah pohon-pohon di sekitarnya. Selain itu, tua pek kong ini juga sesuai untuk bergambar memandangkan binaannya nampak sungguh epik dan berwarna warni.

2. Jade Dragon Temple (Yu Lung San Tian En Si Temple)

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang. Kredit : Flickr

Yu Lung San Tian En Si Temple atau digelar Jade Dragon Temple dipercayai merupakan tokong yang terbesar, bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di Asia Tenggara. Tokong ini menempatkan pusat keagamaan untuk tiga kepercayaan iaitu Buddhism, Taoism dan Confucianism. Ia bukan sahaja dilihat sebagai tempat ibadat untuk penganut ketiga-ketiga agama ini tetapi juga menjadi tarikan pelancong disebabkan seni binanya yang unik dan cantik.

Sampai Ada Yang Samakan Seperti Istana Gyeongbokgung di Korea!

Anda boleh melihat pelbagai jenis ukiran dan lukisan Cina pada dinding tokong ini. Imej simbolik naga menghiasi pemandangan tokong di sini selain lukisan 12 haiwan zodiak Cina. Sampai ada yang menyamakannya seperti Istana Gyeongbokgung, Korea versi Sarawak. Ada juga yang menggelarkan seni bina Jade Dragon Temple ini sebagai “A Marvel of Sacred Architecture“. Wow! Maksudnya, memang tempat wajib untuk mengambil gambar jika berkunjung ke Sibu lah, kan?

Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang
Landmark Keramat Bandar Sibu, Kenali 2 Tokong Cina Paling Megah Di Bumi Kenyalang. Kredit : emily2u.com

Lokasi Sedikit Jauh Dari Bandar, Pilihan Guna Teksi, Grab atau Kereta Sewa

Namun demikian, ia terletak sedikit terpinggir dari Bandaraya Sibu. Oleh kerana jaraknya daripada Bandaraya Sibu adalah sejauh 44 km, anda perlu menggunakan teksi atau perkhidmatan e-hailing seperti Grab untuk sampai ke sini.

Jika anda mempunyai kenderaan sendiri atau menyewa kereta, anda perlu mempertimbangkan bayaran sewa dan kos petrol anda. Terpulang kepada anda. Tapi itu semua tidak menjadi masalah. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Jika anda masih tercari-tercari destinasi menarik untuk dilawati di Sibu, anda harus mengunjungi kedua-dua tokong Cina ini untuk pengalaman yang lain daripada yang lain.

Ini pula sejarah asal usul kemunculan Bandar Sibu:

https://www.iloveborneo.my/sedap-dan-autentik-ini-adalah-6-hidangan-yang-anda-wajib-cuba-di-sibu/
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pemandu Selamat, Lamborghini Alami Kerosakan Teruk Kemalangan Di Jalan Santubong
Next Article Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan

Advertorial

TEGAS Fundraising Accelerator 2023 Ajar Startup Kumpul Dana Dengan Berkesan
#innovatesarawak
McDonald Malaysia Beri Peluang Anak Yatim Rasai Sambutan Meriah Hari Jadi Sepanjang Oktober
Berita Malaysia
Rumah Ronald McDonald di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah: Rumah Inap Selesa Untuk Keluarga yang Memerlukan
Cerita Borneo
5 Startup Lokal Sarawak Berjaya Raih Hadiah Tunai RM2.5K Melalui Program TPAB TEGAS 2023
#innovatesarawak
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?