• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri

Oleh
Aina Musa
5 November 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri

Rugi hampir setengah juta gara-gara menyertai pelaburan tak wujud

Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri. Seorang paderi dari Miri mengalami kerugian berjumlah RM430,000 selepas dia diperdaya untuk menyertai skim pelaburan yang dipromosikan di media sosial.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak menerima laporan polis yang dibuat mangsa, seorang lelaki berusia lewat 40-an, pada Jumaat.

“Ia bermula pada 19 Julai ketika mangsa melayari Facebook di rumah, apabila dia tertarik dengan iklan mengenai pelaburan saham luar negara yang dimuat naik oleh pemegang akaun Facebook.

Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri
Pastor Rugi RM430,000 Sekelip Mata Gara-Gara Ditipu Pelaburan Tak Wujud Di Miri. Sumber: The Borneo Post

“Berikutan langkah yang ditunjukkan pada iklan itu, dia kemudiannya dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp, dan berurusan dengan seorang wanita bernama ‘Yuki’, yang berkata dia akan membantu dalam pembelian saham itu.

“Mangsa yang berminat kemudian meletakkan ‘pelaburan’ mereka melalui pautan web,” kata Mohd Azman dalam satu kenyataan, sambil menambah mereka yang menyertainya masing-masing dijanjikan pulangan awal sebanyak 10 peratus dalam tempoh seminggu selepas melabur.

“Pastor itu kemudiannya membuat 11 transaksi berjumlah RM430,000 secara berperingkat, ke tiga akaun bank berbeza, bermula dari awal September hingga akhir Oktober.

“Dia kemudian menyedari ditipu apabila ‘Yuki’ memintanya membuat bayaran tambahan RM300,000, sedangkan dia hanya mengaut keuntungan sekitar RM3,000 daripada pelaburan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Mohd Azman menasihatkan orang ramai supaya hanya melabur melalui platform yang sah berdaftar dengan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

“Juga, dapatkan nasihat kewangan hanya daripada ejen berdaftar. Jangan mudah percaya dengan pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam tempoh singkat,” tegasnya.

Untuk menyemak kesahihan syarikat dan laman web yang menawarkan sebarang perkhidmatan kewangan, pergi ke www.bnm.gov.my atau hubungi BNM Telelink 1-300-88-5465.

Sebagai alternatif, pergi ke www.sc.com.my atau hubungi SC di 03-6204 8999.

Untuk melaporkan jenayah siber dan penipuan, hubungi Pusat Tindak Balas Penipuan Kebangsaan (NSRC) di 997.

Selain itu, semak nombor telefon dan akaun bank mereka yang menawarkan skim yang mencurigakan, pada aplikasi ‘Check Scammers CCID’ atau melalui https://semakmule.rmp.gov.my/, sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

Baca lagi artikel menarik:

Diperdaya Macau Scam, 43 Rakyat Malaysia Mangsa Sindiket Di Peru Diselamatkan
Pengurus Syarikat Di Bau Rugi RM160,000 Terpedaya Pelaburan Di WhatsApp
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Demi Boikot Produk Israel, Bayi 6 Bulan Alami Pendarahan
Next Article 6 Trik Mindblown Untuk Anda Yang Gemar Travel 6 Trik Mindblown Untuk Anda Yang Gemar Travel

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?