• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang

Oleh
Nazihah AN
24 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai 'Bilik Darjah Bergerak' Di Limbang

Buntu memikirkan masalah tiada akses internet di Kampung Buang Abai, Limbang.

Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang. Tiada rangkaian internet di kawasan rumahnya, seorang ayah telah membuat satu inisiatif untuk memastikan anak-anaknya tidak tercicir dalam pelajarannya sepanjang tempoh mengikuti Pembelajaran Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) di Kampung Buang Abai, Limbang.

Isi Isi Penting
  • Buntu memikirkan masalah tiada akses internet di Kampung Buang Abai, Limbang.
  • Dimaklumkan masalah tersebut berlaku akibat kerosakan modem
  • Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer untuk mencari capaian internet
  • Baca lagi di sini:

Napeia Apong, seorang pesara tentera laut juga merupakan seorang ayah telah membina tempat khas di belakang lorinya dengan menyediakan bumbung diperbuat daripada kanvas untuk melindungi anak-anaknya daripada cuaca panas demi keselesaan belajar.

Buntu memikirkan masalah tiada akses internet yang berlaku di kawasan rumah mereka dari ahad lepas. Akhirnya, beliau terpaksa memandu lorinya sambil membawa anak-anaknya di tempat belakang lori demi mencari tempat untuk mencapai internet di bukit berhampiran Kampung Buang Abai.

Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai 'Bilik Darjah Bergerak' Di Limbang
Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang

Dimaklumkan masalah tersebut berlaku akibat kerosakan modem

“Memang payah sebenarnya tiada internet di kampung. Kesian anak-anak dan penduduk kampung yang amat memerlukan internet untuk berhubung dengan dunia luar, inilah realiti yang menimpa sesetengah pelajar pedalaman.” kata Napeia Apong kepada pihak media.

Menurutnya, isu ketiadaan rangkaian internet di kawasan rumahnya sudah dilaporkan kepada pihak berkaitan sejak Isnin lepas. Walau bagaimanapun, telah dimaklumkan bahawa masalah tersebut berlaku akibat kerosakan modem di menara Kampung Binjai dan sedang menunggu alat ganti.

Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai 'Bilik Darjah Bergerak' Di Limbang
Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang

Mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer untuk mencari capaian internet

Kerosakan modem tersebut juga menjejaskan beberapa buah kampung di sepanjang Jalan Telahak hingga Buang Abai hingga menyukarkan anak-anak kampung untuk menjalani PdPR.

Yang sedihnya, penduduk kampung turut menjelaskan bahawa mereka terpaksa berjalan kaki sejauh 5 kilometer dengan mendaki bukit berhampiran semata-mata untuk mencari capaian internet. Walaupun duduk di luar bandar, anak-anak mereka turut mengikuti PdPR seperti yang lain.

Tidak hanya itu, masalah yang kerap berlaku tersebut turut menjejaskan pendapatan penduduk yang berniaga di sana, yang bergantung dengan aplikasi secara dalam talian seperti laman sosial Facebook, WhatsApp dan Messenger.

Baca lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan
Next Article Tak Payah Beratur Panjang Lagi, Berikut Panduan Terbaru Untuk Daftar Akaun CIMB Secara Online

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?