• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan

Oleh
Ismail NA
24 September 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Rezeki tak pernah salah alamat.

AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan. Adakah anda pembeli pas penerbangan tanpa had Cuti-Cuti Malaysia tahun lalu? Jangan sedih lagi kerana pas tersebut masih sah digunakan!

Isi Isi Penting
  • Rezeki tak pernah salah alamat.
  • Tanda terima kasih kepada pelanggan setia sepanjang tempoh krisis pandemik
  • Perkenal fungsi teknologi penerbangan nirsentuh, serta kru pesawat yang divaksin sepenuhnya
  • Sebelum anda ingin menempah penerbangan, mungkin ini boleh cuba tips yang pernah kami cadangkan dahulu :
  • Bagi anda yang terlepas perkembangan terkini berkaitan AirAsia, ini artikel yang kami terbitkan sebelum ini :

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia hari ini mengumumkan berita gembira tentang status pas penerbangan tanpa had Cuti-Cuti Malaysia di mana pas tersebut masih boleh digunakan untuk menebus penerbangan ke mana-mana destinasi domestik dalam negara.

Tempahan penerbangan boleh mula dibuat pada 27 September 2021 sehingga 27 Disember 2021 untuk penerbangan bermula 11 Oktober 2021 sehingga 30 Jun 2022.

AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan
AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan. Sumber : AirAsia

Tanda terima kasih kepada pelanggan setia sepanjang tempoh krisis pandemik

AirAsia memberitahu bahawa pelanjutan tempoh sah ini merupakan tanda penghargaan syarikat kepada pelanggan mereka yang setia serta bagi menebus peluang mengembara yang telah lama dirindui oleh setiap individu sejak pandemik melanda.

Pas penerbangan tanpa had Cuti-Cuti Malaysia ini telah dilancarkan pada bulan Jun 2020 namun pelanggan tidak dapat menggunakannya secara maksimum akibat perintah kawalan pergerakan dan pelan pemulihan negara yang membataskan perjalanan terutamanya perjalanan rentas negeri dan daerah.

Diharap dengan kelebihan ini, para pemegang pas ini dapat menggunakan peluang ini untuk bercuti ke Langkawi atau ke mana-mana sahaja destinasi domestik di Malaysia. Inisiatif ini juga seiring dengan usaha untuk merangsang semula sektor pelancongan tempatan yang kini sedang dibangunkan secara perlahan melalui gelembung pelancongan yang dimulakan di Langkawi dan seterusnya akan diikuti oleh destinasi lain tidak lama lagi.

AirAsia Umum Pas Tanpa Had Yang Dilancarkan Pada Jun 2020 Masih Sah Digunakan Untuk Penerbangan
Pas penerbangan tanpa had Cuti-Cuti Malaysia yang lalu.

Perkenal fungsi teknologi penerbangan nirsentuh, serta kru pesawat yang divaksin sepenuhnya

Selain itu, AirAsia juga telah bersedia untuk menyambut semula pelanggan mereka dengan inovasi teknologi penerbangan nirsentuh (contactless), fungsi daftar masuk kendiri menggunakan aplikasi Super App dan imbasan wajah FACES sebelum menaiki pesawat bagi mengekalkan tahap keselamatan sepanjang masa. Penerbangan bersama AirAsia juga terjamin dengan layanan anak kapal yang sepenuhnya telah divaksinasi.

Kesemua pemegang pas tanpa had ini akan dimaklumkan menerusi emel pendaftaran mereka beserta manfaat tambahan. Anda juga boleh terus menekan ikon ‘Unlimited’ pada aplikasi Super App atau melayari laman sesawang airasia.com/unlimited untuk maklumat lanjut.

Sebelum anda ingin menempah penerbangan, mungkin ini boleh cuba tips yang pernah kami cadangkan dahulu :

Bagi anda yang terlepas perkembangan terkini berkaitan AirAsia, ini artikel yang kami terbitkan sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah Pelajar Yang Tidak Divaksinasi Masih Dibenarkan Bersekolah
Next Article Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai 'Bilik Darjah Bergerak' Di Limbang Demi Keselesaan Anak Belajar, Bapa Jadikan Lori Sebagai ‘Bilik Darjah Bergerak’ Di Limbang

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?