• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita DuniaCerita Borneo

Video ‘Midang Midang’ Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

Oleh
Husna Hazmi
18 November 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Alena Murang dicalonkan dalam dua kategori anugerah iaitu “Video Antarabangsa Terbaik” dan “Gaya Terbaik”.

Video ‘Midang Midang’ Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020. Bagi mereka yang ingin mengetahui tentang Alena Murang, gadis jelita ini merupakan pemuzik anak Sarawak dan pemain sape. Alena Murang telah dicalonkan dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020 untuk dua kategori iaitu “Video Antarabangsa Terbaik” dan “Gaya Terbaik” sekaligus meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi Antarabangsa.

Isi Isi Penting
  • Alena Murang dicalonkan dalam dua kategori anugerah iaitu “Video Antarabangsa Terbaik” dan “Gaya Terbaik”.
  • Gaya Fesyen Unik Sarawak
  • Pencalonan ini sangat bermakna
  • Lebih dari 29,000 tontonan di YouTube

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pencalonan itu menunjukkan bakat seni Alena yang hebat. Beliau turut berkata, bakat tersebut dapat dilihat menerusi video muziknya yang baru-baru ini yang berjudul ‘Midang-Midang’.

Video 'Midang Midang' Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020
Video ‘Midang Midang’ Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

Gaya Fesyen Unik Sarawak

Di dalam muzik video tersebut katanya, menggambarkan gaya fesyen berwarna-warni dan unik dimiliki Sarawak.

Aspek lain yang menarik perhatian dalam pencalonan Alena bagi kategori “Video Terbaik Antarabangsa” adalah terdapat pesaing lain dari seluruh dunia dan tidak dilupakan penyanyi pop yang telah memenangi pelbagai anugerah iaitu Madonna juga turut bersaing dalam kategori tersebut.

“Justeru, pihak kami amat teruja dan gembira dengan pencalonan tersebut di samping menzahirkan ucapan tahniah kepada Alena dan pasukannya,” ujar beliau dalam kenyataan akhbar semalam.

Video 'Midang Midang' Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

Pencalonan ini sangat bermakna

Tambah beliau juga, pencalonan ini sangat bermakna bagi semua rakyat Sarawak terutamanya apabila cerita mengenai komuniti tempatan yang unik kini telah dikongsi di platform muzik antarabangsa.

“Alena juga mengatakan dengan tepat bahawa walaupun kita kini berhadapan pandemik COVID-19, klip video muzik yang menunjukkan Kelabit tanah tinggi masih berjaya menembusi festival berprestij dan pentas global,” katanya lagi.

“Walaupun Festival Muzik Muzik Buenos Aires 2020 tersebut bertempat di Argentina dan akan diadakan secara maya pada 27 hingga 29 November nanti, berjuta-juta netizen dijangka mengikuti prosiding tersebut di pelbagai platform sosial media dan ini akan mendorong kemajuan Sarawak sebagai destinasi pelancongan untuk masa hadapan dan seterusnya.

Video 'Midang Midang' Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

Lebih dari 29,000 tontonan di YouTube

“Dengan lebih dari 29,000 tontonan di YouTube, pihak kami berharap video muzik Alena akan terus menarik seluruh dunia untuk melihat banyak tempat pelancongan yang ditawarkan di Sarawak dan seterusnya akan menjadi salah satu destinasi yang “mesti dikunjungi” sebaik sahaja keadaan COVID-19 bertambah baik,” kata Abdul Karim.

Video muzik ‘Midang Midang’ yang dihasilkan oleh Project Room dan Kanid tersebut, telah dilancarkan pada 27 November tahun lalu dengan sokongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Majlis Bandaraya Miri dengan penggambaran dilakukan di Bario dan juga Miri. Syabas diucapkan kepada Alena Murang.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir
Next Article Demi Line Internet, Guru Bersama Pelajarnya Sanggup Redah Hutan Yang Tebal

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?