• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Demi Terima Pencen Ibunya, Wanita Ini Simpan Mayat Ibunya Selama 2 Tahun Sebelum Ditahan

Oleh
ILB - AI
17 Januari 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Demi Terima Pencen Ibunya, Wanita Ini Simpan Mayat Ibunya Selama 2 Tahun Sebelum Ditahan

Ibu wanita tersebut telah meninggal dunia pada tahun 2020

Demi Terima Pencen Ibunya, Wanita Ini Simpan Mayat Ibunya Selama 2 Tahun Sebelum Ditahan. Dilaporkan seorang wanita di Korea Selatan telah ditahan polis apabila dia didapati gagal mendaftarkan kematian ibunya selama lebih dua tahun.

Yang lebih mengerikan, wanita terbabit telah menyimpan mayat ibunya di rumah tempat mereka tinggal bersama untuk menerima pencen ibunya. Polis telah menuntut pertuduhan menyembunyikan dan memiliki mayat, satu jenayah di Korea Selatan yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun.

Demi Terima Pencen Ibunya, Wanita Ini Simpan Mayat Ibunya Selama 2 Tahun Sebelum Ditahan

Menyimpan sisa rangka ibunya ditutup dengan selimut

Menurut laporan, wanita berusia 47 tahun itu ditahan apabila pihak berkuasa kebajikan semakin curiga “kerana si ibu tidak mempunyai rekod perubatan sejak dua tahun lalu” semasa menerima faedah pencen.

Ibu itu dipercayai meninggal dunia lebih dua tahun lalu, berdasarkan catatan wanita terbabit yang menunjukkan ibunya meninggal dunia pada usia 76 tahun pada Ogos 2020.

Gambar sekadar hiasan.

Wanita terbabit, yang merupakan penganggur, didakwa menerima sehingga 17 juta won (~RM59.4k) digabungkan dalam dua tahun dan empat bulan lalu, sekitar RM2,000 sebulan daripada pencen ibunya untuk menampung kehidupan.

Gagal mendaftarkan kematian ibunya kerana takut jatuh miskin, wanita itu bertindak untuk merahsiakan kematian ibunya serta mayatnya di rumah demi menerima pencen ibunya.

Wanita itu berasal dari keluarga enam adik beradik

Difahamkan juga, wanita itu berasal dari keluarga enam adik beradik. Adik beradik yang lain telah memutuskan hubungan dengan ibu mereka selepas bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1995.

Penemuan berita ibu wanita itu sudah meninggal dunia berlaku selepas pihak kebajikan gagal mengubungi ibu wanita terbabit selama dua tahun.

Gambar sekadar hiasan.

Pegawai kebajikan meminta salah seorang adik-beradik wanita itu untuk menyemak kelayakan ibunya sebagai penerima, yang turut menghubungi polis di tengah-tengah proses tersebut.

Ibu wanita itu merupakan salah seorang daripada sekitar 67,000 orang yang disyaki menerima bayaran pencen secara salah, menurut pegawai kebajikan.

Wanita itu ditemui bersama mayat ibunya, yang rangkanya ditutup dengan selimut, selepas polis memaksa masuk ke dalam rumah pada hari Rabu lalu. Pihak berkuasa kini dalam proses untuk mendapatkan kembali bayaran pencen yang salah mungkin melalui rampasan aset, bergantung kepada hasil siasatan polis.

Lagi di sini:

Wanita Ini Berpisah Dengan BF Selepas Dihidangkan Makanan Sejuk Di Rumah Keluarga Lelaki Itu
Gara-Gara Marah Anak Selalu Keluar, Seorang Ibu Di Singapura Menikam Paha Anak Sendiri
SUMBER :THE KOREA HERALD
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bunyi 'Jeritan' Di Bilik Sebelah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Sebuah Pusat Peranginan Di Mukah Bunyi ‘Jeritan’ Di Bilik Sebelah, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Seram Ketika Di Sebuah Pusat Peranginan Di Mukah
Next Article Port Makan Baru Di Saradise, Hainan Story Saji Menu Masakan Hainan Authentic Di Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?