• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum (PRU-12) Sarawak Jatuh Pada 18 Disember 2021

Oleh
Ismail NA
24 November 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Perkara ini dimaklumkan oleh Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi.

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum (PRU-12) Sarawak Jatuh Pada 18 Disember 2021. Bahang pilihan raya di Sarawak kian terasa. Setelah ditangguhkan akibat pandemik serta perintah darurat, rakyat Sarawak kini bakal memilih semula wakil rakyat untuk memimpin kawasan serta keseluruhan negeri Sarawak.

Menerusi sidang media rasmi yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sebuah hotel terkemuka di Bandaraya Kuching pada jam 11.30 pagi tadi, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Bin Salleh secara rasminya mengumumkan tarikh penting untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Penamaan calon pada 6 Disember 2021

Menerusi sidang media tersebut, beliau mengumumkan bahawa tarikh pengundian telah ditetapkan pada 18 Disember 2021 (Sabtu). Sementara itu, tarikh penamaan calon adalah pada 6 Disember 2021 (Isnin) manakala tarikh mengundi awal jatuh pada 14 Disember 2021 (Selasa).

Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum (PRU-12) Sarawak Jatuh Pada 18 Disember 2021
Tarikh Mengundi Pilihan Raya Umum (PRU-12) Sarawak Jatuh Pada 18 Disember 2021

Antara tarikh penting lain menuju ke kemuncak hari mengundi adalah tarikh writ dikeluarkan iaitu pada hari ini, Rabu, 24 November 2021. Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak kini mempunyai kekosongan kerusi zon sebanyak 82 kerusi di seluruh Sarawak.

Daftar pemilih yang akan digunakan adalah berdasarkan akta yang dikemaskini setakat 2 November 2021 yang menyaksikan seramai lebih 1.2 juta rakyat Sarawak telah mendaftar sebagai individu yang layak mengundi.

Sumber foto : BERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Berita selanjutnya menyusul.

Berita berkaitan PRU-12 Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pekerja Tulis Notis Tak Profesional Di Depan Kedai, Mita Cake House Keluar Kenyataan Mohon Maaf
Next Article Di Kuching, Seorang Anak Tumbuk Dan Ugut Bunuh Ibu Gara-Gara Tak Sediakan Makanan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?