• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau

Oleh
Ismail NA
9 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Mayat kanak-kanak tidak berdosa itu ditemui oleh orang awam yang bersiar-siar.

Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau. Apalah dosa bayi yang baru dilahirkan sehingga dibunuh kejam seperti ini? Menerusi penemuan orang awam di Tanjung Baru Logpond dekat Tawau petang semalam, mayat seorang bayi yang masih bertali pusat dijumpai terapung di jeti sungai berkenaan.

Isi Isi Penting
  • Mayat kanak-kanak tidak berdosa itu ditemui oleh orang awam yang bersiar-siar.
  • Beg merah jambu aneh menyimpan rahsia yang menyayat hati
  • Bayi seberat 1 kg diikat bersama batu dengan berat yang hampir sama agar tenggelam
  • Polis mohon orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil
  • Februari lalu, sepasang kekasih dicekup di Miri akibat menanam bayi baru lahir. Cerita penuh di pautan ini:

Bayi perempuan yang dilahirkan cukup sifat itu ditemui dalam sebuah bagasi berwarna merah jambu.

Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau
Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau. Sumber: HMetro

Beg merah jambu aneh menyimpan rahsia yang menyayat hati

Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, laporan polis diterimanya pada jam 4.43 petang semalam. Pada awalnya, saksi yang pada ketika itu sedang berjalan bersama tunangnya terlihat sebuah bagasi berwarna merah jambu terapung di tebing jeti.

Mereka kemudiannya bertindak membuka beg tersebut dan menjumpai mayat bayi perempuan yang sudah kaku, dipercayai meninggal dunia.

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian bertindak membawa mayat bayi berkenaan ke Hospital Tawau untuk pemeriksaan lanjut.

Bayi seberat 1 kg diikat bersama batu dengan berat yang hampir sama agar tenggelam

Hasil pemeriksaan awal mendapati bahawa bayi berkenaan adalah seberat 1,004 gram dan mempunyai panjang lebih kurang 36 cm.

Lebih menyayat hati, mayat bayi malang tersebut ditemui dibalut bersama seketul batu seberat 1,249 gram dengan lebar 12 cm dan tinggi 7 cm. Batu tersebut dibalut menggunakan kain batik bersama bayi berkenaan oleh si pelaku, yang dipercayai bertujuan untuk menenggelamkannya ke laut.

Dibalut Bersama Batu Dalam Beg, Mayat Bayi Bertali Pusat Ditemui Di Tawau
Sumber: Sinar Harian

Polis mohon orang awam yang mempunyai maklumat untuk tampil

Kes disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan. Justeru, pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di talian 082-752 222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa mengikut agama masing-masing kepada bayi perempuan ini. Semoga aman rohnya di alam sana.

Februari lalu, sepasang kekasih dicekup di Miri akibat menanam bayi baru lahir. Cerita penuh di pautan ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Permainan Pertama Di Telefon Anda, Ini 4 Permainan Mobile Klasik Anda Mungkin Pernah Main Permainan Pertama Di Telefon Anda, Ini 4 Permainan Mobile Klasik Anda Mungkin Pernah Main
Next Article Brunei Pertimbang Buka Sempadan Darat Dan Laut Sepenuhnya Bermula 1 Ogos Tahun Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?