• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Event Menarik

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian

Oleh
Ismail NA
21 Mei 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Filem ‘zero budget’ loghat Melayu Sarawak yang pasti buatkan anda terhibur!

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian. Boleh ke buat filem kalau tak ada bajet? Mesti tak best. Cerita yang masuk dalam wayang bajet juta-juta pun hauk, inikan pula filem tanpa bajet.

Isi Isi Penting
  • Filem ‘zero budget’ loghat Melayu Sarawak yang pasti buatkan anda terhibur!
  • Atas dasar minat, kos pembikinan adalah sukarela daripada kru
  • Tayangan bermula Jumaat hingga Ahad ini
  • Lagi event menarik yang boleh anda masukkan dalam bucketlist anda tahun ini:

Haipp! Dah tengok ke belum? Kalau belum, cuba tengok dulu filem Janda Kampung Durian ini.

Untuk pengetahuan anda, komuniti tempatan di sekitar Samarahan telah berganding bahu untuk bergotong-royong menerbitkan sebuah filem untuk tontonan orang ramai, terutamanya penduduk tempatan di Samarahan dan Kuching.

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian

Filem ini diterbitkan oleh Hary Harith dan diarahkan oleh Abdul Walid Bin Ali, anak jati Sarawak yang kini berkhidmat sebagai pensyarah seni persembahan di kolej pengajian seni kreatif, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Abdul Walid bin Ali, pengarah filem Janda Kampung Durian. Kredit: FB Daniel Dahiri

Atas dasar minat, kos pembikinan adalah sukarela daripada kru

Menerusi perkongsian di laman Twitter, salah seorang produksi yang terlibat dalam pembikinan filem ini, Haziq Fadhullah yang juga merupakan seorang pelakon yang pernah membintangi drama Kampung People, filem ini dibuat tanpa sebarang peruntukan bajet daripada mana-mana pihak.

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Sumber: Twitter @haziq_fadhullah

Segala kos pembikinan filem ini juga adalah hasil kerjasama daripada kru produksi dan pelakon terlibat yang sememangnya penduduk komuniti sekitar Samarahan.

Pembikinan filem gotong-royong dan sepenuhnya atas dasar minat ahli produksinya ini mengambil masa selama 2 minggu penggambaran pada bulan Januari yang lalu. Penggambaran pula dijalankan sepenuhnya di lokasi sekitar Samarahan dan menggunakan bahasa Melayu Sarawak sepenuhnya!

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Kredit: FB Daniel Dahiri
Kredit: FB Daniel Dahiri

Filem Janda Kampung Durian ini mengisahkan tentang suka duka penduduk Kampung Durian yang sarat dengan humor dan jenaka yang pasti membuatkan anda terhibur. Antara pelakon tempatan yang membintangi filem ini adalah Diana Tan, Rajab Pawi, Rushelle Bilong dan Felix Augustus.

Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Di sebalik tabir filem Janda Kampung Durian. Kredit: FB Daniel Dahiri
Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Kredit: FB Daniel Dahiri
Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Kredit: FB Daniel Dahiri

Tayangan bermula Jumaat hingga Ahad ini

Filem ini sedang ditayangkan, bermula Jumaat hingga Ahad ini (20 – 22 Mei 2022) bermula jam 8 malam di Panggung Eksperimen UNIMAS. Tiketnya pula berharga cuma RM 10 sahaja.

Hasil kutipan tiket akan diagihkan kepada seluruh ahli produksi yang terlibat dalam pembikinan filem ini dan secara tidak langsung boleh membantu ekonomi penggiat seni tempatan serta mendorong mereka untuk menghasilkan lebih banyak karya yang kreatif dan berkualiti.

Untuk menonton filem ini, anda boleh membeli tiket tayangan dengan menekan butang berikut.

Beli tiket Janda Kampung Durian di sini!

Kalau bukan kita, siapa lagi nak sokong kan? Jom!

Lagi event menarik yang boleh anda masukkan dalam bucketlist anda tahun ini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung! Medan Selera Halal Di Sarikei, Bazar MARA Kini Telah Dibuka Kepada Para Pengunjung!
Next Article Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?