I Love Borneo I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Part Of Borneo Digital
Reading: Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia
Aa
I Love Borneo I Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia

Oleh Kedung BK 21 Mei 2022
Kongsi
5 Min Bacaan
Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia

Bukan nak mengatakan ia perkara yang tak baik, cuma ia mungkin pelik bagi sebilangan orang!

Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia. Disebabkan kepelbagaian budaya di Malaysia, nampaknya tidak pernah kehabisan jenis hidangan yang menarik untuk dicuba.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang telah sampai ke tahap extreme dengan menggabungkan pelbagai jenis makanan bersama-sama untuk mengubahnya menjadi hidangan baru – surprisingly, selalunya kombinasi makanan ini menjadi popular di kalangan orang walaupun menimbulkan ketidaksenangan segelintir orang lain.

Jika anda ingin tahu apakah kombinasi makanan ini, baca selanjutnya untuk mengetahui 5 kombinasi makanan pelik yang betul-betul wujud di Malaysia!

Pelik Tapi Wujud, Ini 5 Kombinasi Makanan Aneh Yang Betul-Betul Wujud Di Malaysia

Durian + Nasi

Siapa yang tidak suka nasi? Ia adalah makanan ruji dalam diet kita dan kita memakannya hampir setiap hari. Durian sebaliknya biasanya datang pada masa-masa tertentu dalam setahun jadi faham-fahamlah ia tidak mudah untuk ditemui sepanjang tahun.

Tetapi siapa sangka terdapat juga orang berjaya menggabungkan durian dengan nasi untuk dijadikan hidangan! Selain itu, ada juga yang memilih untuk menambah serbuk Milo pada durian dan hidangan nasi mereka! Interesting!

Kredit foto: Lowyat

Satu maklumat yang menarik adalah gabungan durian dan nasi bukan sesuatu perkara yang baru di Thailand. Malah, gabungan ini dipanggil ‘khao niaow tu-rean’ iaitu nasi melekit Thai dengan durian.

Kredit foto: Year of the Durian

Mi Maggi + Serbuk Milo

Mi Maggi juga merupakan satu lagi makanan biasa yang boleh kita temui di Malaysia – setiap pasar raya mempunyainya, begitu juga dengan kedai makan! Bukan sahaja sedap, mi maggi adalah makanan yang mudah dibuat jika anda tidak mempunyai masa untuk memasak.

Anda boleh makan mi maggi anda sama ada kering atau bersup, dengan telur goreng atau kosong, tetapi jika anda mahu kelainan, cuba masukkan serbuk Milo ke dalam mi anda untuk jadi lebih ~e x t r a~

Kredit foto: Mashable SEA

Sebelum kewujudan kombinasi serbuk Milo dalam mi Maggi, beberapa orang telah dilihat menambah keju dalam mi Maggi mereka. Namun, kombinasi ini tidak dianggap luar biasa kerana penambahan keju dalam mi segera sudah lama diamalkan di tempat lain seperti di Jepun.

Kredit foto: Miss Tam Chiak

Laksa + Keju

Laksa Sarawak dianggap sebagai salah satu makanan paling ikonik di Sarawak dan boleh difahami ia adalah kegemaran tempatan di kalangan rakyat Sarawak. Apabila anda memikirkan laksa, anda mungkin akan membayangkan supnya, mi bihun, udang, hirisan telur goreng dan ayam yang dicincang.

Sekarang, bayangkan menambah keju ke dalam gabungan itu.

Mungkin anda tidak setuju dengan kombinasi ini, tetapi ia dikatakan kombinasi tersebut telah berjaya menarik beberapa peminat.

Kredit foto: Facebook

Keropok lekor + Keju + Mayo

Kebiasaannya, kita akan memakan keropok lekor dengan sos cili tetapi adakah anda pernah makan keropok lekor dengan keju dan sos mayo sebelum ini?

Walaupun tidak keterlaluan seperti makanan sebelum ini yang dinyatakan dalam senarai, bagi mereka yang biasa memakan keropok lekor mereka dengan cara tradisional mungkin akan terpegun dengan gabungan ini.

Kredit foto: Facebook

Mi segera + Boba

Pada tahun 2020, MAMEE dan Tealive membuat kolaborasi yang mengejutkan orang ramai. Memandangkan kedua-duanya adalah daripada kumpulan makanan yang sama sekali berbeza, mereka telah berjaya menghasilkan idea mi cawan boba milk tea pedas. Alahai… membaca ayat ini pun, kita pula garu-garu kepala macam mana pula rasanya.

But yes, you read that right! Kedua-dua jenama itu berjaya menghasilkan idea di mana mi segera klasik MAMEE diletakkan dalam cawan dengan teh susu sebagai asas supnya, termasuk boba! Apa yang menjadikan gabungan ini menarik ialah, anda boleh memasaknya sama ada dalam air panas atau sejuk.

Kredit foto: Discover KL

Gabungan mi segera dengan teh susu boba akhirnya melahirkan kepelbagaian cara dibuat di kalangan rakyat Malaysia, sesuatu yang menarik untuk dilihat.

Kredit foto: Seth Lui

Adakah anda berani cuba?

Ia sangat menarik untuk melihat bagaimana orang boleh menjadi begitu kreatif dengan kombinasi makanan mereka. Lagipun, kita fikir ia tidak akan menjadi tetapi ia berkesan untuk mereka yang telah melakukannya!

Gambar sekadar hiasan.

Adakah anda sanggup mencuba kombinasi makanan ini? Atau adakah anda telah mencuba kesemuanya? Kongsi pengalaman anda dalam ruangan komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dibikin 100% Oleh Komuniti Samarahan, Jom Tonton Filem Janda Kampung Durian
Next Article Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta Jangan Ditipu Lagi, Ketahui Bagaimana Sebenarnya Proses Membeli Kereta

Teruskan Berhubung

Facebook Like
Twitter ikuti
Instagram ikuti
Youtube Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Program Flagship Buat Startup Sarawak, TEGAS Pre-Accelerator Bootcamp Kembali Jun Ini
#innovatesarawak 24 Mei 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
11 Bakat Teknologi Tempatan Telah Dipilih Untuk Program TEGAS Tech Immersion 2023
#innovatesarawak 29 Mac 2023
Mastermind Di Sebalik Ruang Komuniti Seni Think & Tink, Kenali Arkitek Wanita Berjiwa Borneo Ini
Cerita Borneo 11 Mac 2023
Dari Oversea Ke Kota Kinabalu, Ini Kisah Bagaimana Idea Mural Tiang Pemuda Ini Menyatukan Artis Lokal Di Sabah
Cerita Borneo 4 Mac 2023
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?