• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Makan

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba

Oleh
Husna Hazmi
1 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Jom minum coconut shake!

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Industri Makanan dan Minuman (Food and Beverages) zaman sekarang memang kreatif dan sentiasa berkembang mengikut citarasa pelanggan. Perkembangan ini sangat baik kerana ia berjaya menghasilkan pelbagai produk-produk unik di pasaran. Jadi, bagi anda di luar sana yang minat coconut shake, anda perlu cuba 4 tempat yang menyajikan coconut shake terbaik dan unik di Kuching ini.

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba. Kredit gambar: @nakcoconutshakemail  
1

Mail Coconut Shake

Lokasi di Metrocity Square, Matang

Tidak terkecuali, minuman lazat kegemaran rakyat tempatan kita, iaitu coconut shake. Mail Coconut Shake merupakan pit stop yang menyajikan coconut shake yang segar menggunakan kelapa yang berkualiti dari hasil tempatan. Mereka kini mempunyai cawangan di Jalan Astana dan juga Metrocity, Matang.

Apa istimewanya coconut shake di sini ialah anda boleh menikmatinya dengan pilihan topping kegemaran orang ramai seperti cornflakes, chococrunch dan sebagainya, dengan harga yang amat berpatutan. Terdapat juga shake perisa lain seperti mango shake, lotus biscoff dan banyak lagi. Jadi, tunggu apa lagi? Cubalah sekarang!

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: @NyorShakeOhhaa  
2

Nyior Ohha

Lokasi di Rimba Borneo bersebelahan Masjid Bahagian Kuching

Bermula daripada signature drink mereka iaitu coconut shake, Nyior Ohha kini tampil dengan pilihan perisa smoothie unik seperti Avocado Gula apong dan banyak lagi menu minuman yang lain. Tetapi, jika anda ingin menikmati rasa authentic coconut shake.

Nyior Ohha sememangnya berdiri teguh dengan menyajikan anda minuman signature mereka, iaitu coconut shake yang authentic dan yang paling penting, mereka sangat tidak lokek dengan topping! Harga pula sangat berpatutan.

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: @tusanicecream 
3

Tusan Ice Cream

Lokasi di, Saradise dan Metrocity

Pernah tak anda terfikir untuk menikmati coconut shake yang menyegarkan dengan sedikit twist yang berlainan? Tambahan perisa manis lazat dan topping istimewa tempatan kesukaan ramai (all time favourite modern flavour seperti, coklat, strawberry) dan (all time local favourite seperti cendol, durian dan sago) pasti akan menjadi pengalaman menikmati coconut shake yang unik buat anda.

Jika anda ingin mencuba gabungan Coconut shake dengan pelbagai pilihan perisa dan topping yang menarik ini, anda bolehlah segera berkunjung ke Tusan Ice Cream. Menu coconut shake mereka yang pasti menarik warga tempatan Kuching adalah seperti Coconut shake sago, coconut shake cendol dan Coconut shake durian ice cream.

Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Kredit gambar: John Goh Soon Hien 
4

Serapi Virgin Coconut Shake

Lokasi di Kampung Temenggong, Jalan Telaga Air

Orang Kuching mesti tahukan tempat ini? Serapi Virgin Coconut Shake merupakan salah satu tempat popular bagi penduduk tempatan singgah untuk merasai coconut shake yang authentic.

Terletak di Kampung Temenggong, Jalan Telaga Air, sambil anda makan angin, anda boleh menikmati coconut shake yang authentic dan menyegarkan. Inilah yang dikatakan ” Sambil menyelam, sambil minum air”.

Jom cuba Aiskrim Taiyaki dan kopi yang menarik di Kuching di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kenali 5 Perayaan Pesta Menuai Selain Gawai Dan Kaamatan Yang Diraikan Di Borneo
Next Article Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?