• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok

Oleh
Husna Hazmi
2 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Kesemua kek lapis tersebut adalah homemade!

Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok. Anak perantau, Noor Baizura Mohamad Mokhtar ingin mencipta kelainan dengan menyajikan 15 jenis kek lapis Sarawak sebagai hidangan Rumah Terbuka Aidilfitrinya pada tahun ini.

Isi Isi Penting
  • Kesemua kek lapis tersebut adalah homemade!
  • Bagaikan pameran kek warna-warni lah pula!
  • Ambil kelas online belajar buat kek lapis
  • Kos pembuatan kek lapis dua kali ganda di Thailand
Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok
Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok. Kredi gambar: BERNAMA

Bagaikan pameran kek warna-warni lah pula!

Hidangan rumah terbuka Aidilfitri anak kelahiran Sarawak ini pada hari Selasa lalu untuk meraikan rakan taulan yang berada di Bangkok, Thailand sudah seperti pameran kek berwarna-warni dengan pelbagai corak dan perisa.

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri dan juga Gawai masing-masing tarikhnya amat dekat antara satu sama lain, suri rumah yang berusia 40 tahun itu telah menyiapkan 15 jenis kek lapis termasuk Kek Lapis Masam Manis, Kek Lapis Idola, Kek Lapis Tun Fatimah, Kek Lapis Forget Me Not, Kek Lapis Unicorn dan Kek Lapis Durian Hipster dalam masa hampir dua minggu sahaja! Memang hebat!

Menurut dirinyam Kek Lapis Sarawak ini merupakan menu sinonim dengan Bumi Kenyalang dan ia juga merupakan menu wajib ada untuk disajikan sempena perayaan Aidilfitri dan Gawai.

“Saya ingin memperkenalkan budaya Sarawak melalui Kek Lapis Sarawak di Bangkok, supaya rakyat Malaysia dan Thailand mengenali menu popular dari Bumi Kenyalang,” katanya kepada Bernama sebelum ini.

Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok
Gambar sekadar hiasan

Ambil kelas online belajar buat kek lapis

Noor Baizura berkata bahawa dia mengambil masa hampir dua minggu untuk menyiapkan 15 jenis Kek Lapis Sarawak tersebut.

“Proses menyediakan sebiji kek lapis mengambil masa  antara tiga hingga enam jam termasuk masa mengadun dan membakar.

“Setiap jenis kek lapis mempunyai cara-cara pembuatan yang berbeza selain perlu menampilkan kreativiti dan ketelitian bagi menjamin rasa dan kualiti kek.

“Contoh, Kek Lapis Unicorn mengambil masa hampir lima jam termasuk mengadun dan membakar,” katanya yang turut mengikuti kelas pembuatan kek lapis dalam talian kerana mahu mencuba pelbagai resipi.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!

Ingin Perkenalkan Budaya Unik Sarawak, Gadis Ini Sediakan 15 Jenis Kek Lapis Untuk Rumah Terbuka Di Bangkok
Gambar sekadar hiasan

Kos pembuatan kek lapis dua kali ganda di Thailand

Selain itu, Noor Baizura juga berkata kos pembuatan Kek Lapis Sarawak di Thailand adalah dua kali ganda berbanding di Malaysia kerana kos bahan yang digunakan adalah lebih mahal.

“Demi menjaga kualiti dan rasa kek lapis, saya menggunakan bahan yang bermutu tinggi. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah dibawa masuk dari Malaysia ke Thailand,” tambahnya lagi.

Walaupun tidak dapat pulang ke Sarawak sempena Hari Raya Aidilfitri dan Gawai tahun ini, Noor Baizura berkata budaya ‘ngabang’ iaitu amalan kunjung mengunjung antara anggota keluarga terdekat dan rakan taulan turut akan tetap diteruskan walaupun berada jauh dari kampung halaman.

Selain daripada Kek Lapis Sarawak, dia turut menyediakan hidangan tradisional yang lain seperti, sate, lemang, nasi impit, roti jala, laksa utara, rendang ayam dan nasi daging.

Lagi di sini cerita menarik buat anda:

SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dibuat Daripada Isi Kelapa Segar, Ini 4 Coconut Shake Terbaik Di Kuching Yang Anda Perlu Cuba
Next Article Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching Suasana Gaya Ala-Ala American Diner, Jom Cuba Keunikan Burger Patty Di Re:Grub Kuching

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?