Hasil laut membantu peniaga dan nelayan memperoleh pendapatan yang baik.
Dicas RM72 Untuk Ikan Dan Sayur, Netizen Dakwa Vlogger Dari UK Ini Ditipu Di Pasar Filipina Sabah. Sabah dikenali sebagai surga makanan laut. Ramai peniaga dan nelayan yang menjana pendapatan melalui hasil laut seperti ikan, kerang, udang dan sebagainya. Mereka memanfaatkan kekayaan sumber alam laut untuk memenuhi keperluan hidup dan memastikan hidup mereka berkekalan dengan baik.
Laut Sabah yang kaya dengan pelbagai jenis makanan laut membuatkan pelancong dan pengunjung terus datang ke sini untuk menikmati hidangan yang enak dan segar. Jadi tidak hairanlah, kalau ramai pelancong asing yang suka datang ke Sabah ni.

Vlogger ini mempunyai lebih dari 1 juta pengikut di Youtube
Tular di laman Facebook di mana terdapat seorang vlogger dari UK ini berkongsi pengalamannya di Sabah. Dikenali sebagai Dale Philip, vlogger ini popular dengan konten beliau yang selalu mengembara ke luar negara telah meraih sebanyak lebih dari 1 juta pengikut di Youtube.
Dalam video tersebut, Dale pergi ke Pasar Filipina iaitu tempat yang popular dengan pelbagai makanan laut yang segar di Sabah. Dalam kongsian tersebut, Dale memesan ikan Kerapu dan juga sayur campur untuk dicuba.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen apabila peniaga tersebut menyatakan harga kepada vlogger tersebut. Dalam kongsian video tersebut, Dale menerima pesanan ikan Kerapu masak sweet sour dan sayur brokoli dan kembang kol tumis.

Harga yang dicas terhadap vlogger tersebut adalah RM72 hasil dari jumlah RM60 untuk menu ikan kerapu dan juga RM12 untuk sayur campur tersebut. Dalam video tersebut juga, vlogger ini menyatakan bahawa harga ikan kerapu yang ditimbang RM60 dan sayur campur RM12 adalah agak mahal.
Namun dirinya tidak pasti sama ada harga tersebut adalah normal untuk orang tempatan dan menanyakan pendapat kepada pengikutnya sama ada dirinya kena tipu atau tidak.
Saya tidak tahu sama ada ia adalah baik atau tidak, di sini tidak dinyatakan harga pada menu tersebut jadi mereka boleh nyatakan harga sesuka hati mereka. Saya tidak suka. Saya memilih untuk lihat harga yang telah dinyatakan pada menu seperti meletakkan harga pada setiap gram ikan tersebut.”
Lihat video penuh di bawah:
Menerusi ruangan komen pada video beliau, terdapat netizen menyatakan bahawa harga yang dicas pada vlogger tersebut adalah agak mahal untuk saiz yang diterimanya. Dan juga harga sayur brokoli campur pada harga RM12 adalah sangat mahal di Sabah.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa itu adalah harga yang betul untuk di pasaran Sabah.
