• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas ‘Kek Lapis JB Style’ Ini

Oleh
Husna Hazmi
9 Februari 2023
Kongsi
4 Min Bacaan

‘Kek Lapis JB Style’ dengan lapisan tidak sekata.

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas ‘Kek Lapis JB Style’ Ini. Baru-baru ini kecoh di media sosial tentang sebuah perkongsian wanita yang menjual kek lapis yang dikatakannya adlah ‘Kek Lapis JB Style’.

Kek lapis adalah salah satu hidangan yang paling popular terutamanya di musim perayaan. Proses pembuatannya bukan sekadar rumit, malah ia memerlukan si pembuat kek lapis menjadi seorang yang kemas dan juga teliti agar kek lapis yang dihasilkan itu berkualiti.

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas ‘Kek Lapis JB Style’ Ini. Sumber foto: Facebook

Kek Lapis Sarawak telah didaftarkan di bawah perlindungan harta intelek geographical indication (GI) 2010

Untuk pengetahuan Kek Lapis Sarawak ini telah didaftarkan di bawah perlindungan harta intelek geographical indication (GI) 2010, dan penggunaan nama Kek Lapis Sarawak ini hanya sah apabila ianya dibuat di Sarawak.

Oleh itu, Kek Lapis Sarawak ini merupakan makanan hak milik mutlak Sarawak yang diklasifikasikan sebagai warisan budaya dan boleh didaftarkan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) yang dikendalikan oleh Jabatan Warisan Negara.

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook

Bukan sekadar rasa, malah rupanya juga amat dititikberatkan

Kek Lapis Sarawak ini amat dititikberatkan bukan sahaja dari segi rasanya malah rupanya juga amat diutamakan kerana ia merupakan makanan warisan budaya.

Perkongsian dari seorang wanita, pengasas Kek Lapis & Bnajiroll di Facebook ini mula mendapat perhatian ramai apabila dia memuat naik gambar kek lapis dengan lapisan yang tidak sekata (bengkang-bengkok).

Namun demikian, gambar tersebut bukannya punca utama mengapa netizen panas hati, apa yang dikatakan wanita tersebut adalah punca mengapa netizen bengang dengan perkongsiannya itu.

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook
Sumber foto: Facebook

Kek lapis JB style dikecam gara-gara rupa

Wanita tersebut berkata, lapisan kek yang dibuatnya itu dikecam kerana tidak cantik dan tidak rata. Menurutnya, selama 25 dia berniaga, dia tidak pernah sekalipun mengatakan kek lapis yang dibuatnya itu sebagai ‘kek lapis XXXXX’ malah, dia berkata bahawa kek lapis yang dibuatnya adalah ‘kek lapis JB style’.

Adakah wajib untuk orang yang nak menjual kek lapis untuk mengikuti piawaian kek lapis yang sedia ada di pasaran?

Saya ada ‘branding’ saya sendiri jadi saya bangga dengan lapisan yang ada pada kek lapis saya.

Setiap lapisan adalah seni dan setiap seni adalah mahal,” katanya.

Di ruangan komen pula netizen di seluruh Malaysia tidak bersetuju dengan pendapat wanita tersebut. Ramai yang mempertikaikan apa yang dikatakannya pada perkongsiannya itu.

Berikut adalah antara komen netizen yang kurang setuju dengan pendapat wanita tersebut.

Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook
Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook
Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook
Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook
Pentingkan Rasa Dari Rupa, Sekali Netizen 1 Malaysia Sekolahkan Pengasas 'Kek Lapis JB Style' Ini
Sumber foto: Facebook

Jadi apa yang anda rasa daripada perkongsian tersebut? Adakah anda setuju dengan pendirian wanita itu atau anda berasa wanita tersebut perlu memperbaiki dirinya serta menghormati makanan warisan budaya negeri lain?

Lagi cerita menarik untuk anda di sini:

13 Senarai Makanan Hak Milik Mutlak Sabah dan Sarawak Yang Anda Mesti Tahu
Kedai Kek Lapis Warisan Ini Jadi Syurga ‘Shopping’ Pelbagai Jenis Kek Lapis Di Kuching
SUMBER :Facebook
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card Berkunjung Ke Brunei Anda Wajib Isi Ini, Berikut Adalah Garis Panduan Untuk Anda Daftar E-Arrival Card
Next Article Dicas RM72 Untuk Ikan Dan Sayur, Netizen Dakwa Vlogger Dari UK Ini Ditipu Di Pasar Filipina Sabah Dicas RM72 Untuk Ikan Dan Sayur, Netizen Dakwa Vlogger Dari UK Ini Ditipu Di Pasar Filipina Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?