Kejadian rempit di jalan FAC Kuching undang pelbagai reaksi netizen
Didenda Ketuk Ketampi, Sekumpulan Rempit Jalan FAC Matang Tular Di Tiktok. Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan sekumpulan rempit ditahan dan didenda oleh pihak polis di jalan FAC, Matang.
Menerusi perkongsian di laman TikTok, menunjukkan kumpulan rempit yang terdiri daripada lelaki dan perempuan sedang melakukan ketuk ketampi semasa ditahan oleh pihak polis.

Tindakan ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Rata-rata pengguna media sosial bersetuju bahawa tindakan pihak polis adalah wajar dalam menangani isu rempit yang semakin berleluasa di negara ini.
“Semangat nak masuk PLKN, mantap lah” – Netizen
Dalam pada itu, segelintir netizen turut berseloroh dan menyatakan bahawa pemilihan Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kuching telah bermula.

Selain itu, terdapat juga netizen yang menyatakan bahawa pihak polis seharusnya mengambil langkah proaktif dalam mendidik dan membimbing golongan remaja supaya tidak terlibat dengan gejala sosial ini.

