• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

RM2 Sesudu Kuah Kari Di Kuching, Pelanggan Guna Sudu Sup Banding Saiz Raih Perhatian

Oleh
Nazihah AN
29 Oktober 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
RM2 Sesudu Kuah Kari Di Kuching, Pelanggan Guna Sudu Sup Banding Saiz Raih Perhatian

Pelanggan Guna Sudu Sup untuk Tunjuk Saiz Hidangan

RM2 Sesudu Kuah Kari Di Kuching, Pelanggan Guna Sudu Sup Banding Saiz Raih Perhatian. Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya di sebuah kopitiam yang menawarkan kuah kari dalam jumlah yang sangat kecil dengan harga RM2.

Netizen tersebut turut memuat naik gambar sepinggan bihun goreng dengan sedikit kuah kari di dalam bekas kecil di sisi hidangan. Dalam komen pula, dia menunjukkan sudu sup diletakkan di sebelah bekas kuah kari untuk memberikan perspektif saiz yang sebenar — jelas kelihatan kuantiti kuah yang diberikan sangat sedikit, sekadar cukup untuk dua sudu sahaja.

RM2 Sesudu Kuah Kari Di Kuching, Pelanggan Guna Sudu Sup Banding Saiz Raih Perhatian
Pelanggan siap bandingkan dengan sudu sup. Sumber: Facebook

Netizen Persoal RM2 untuk Sesudu Kuah Kari Di Kopitiam Di Kuching

Menurutnya, apabila bertanya kepada pekerja di kopitiam tersebut, dia diberitahu bahawa saiz hidangan kuah itu adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) kedai berkenaan. Jawapan ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial lain.

Ramai yang bersetuju dengan hantaran itu, menyatakan bahawa hidangan sampingan seperti kuah kari seharusnya disediakan dalam kuantiti yang mencukupi kerana ia merupakan pelengkap kepada hidangan utama.

Ada juga yang mengulas bahawa harga RM2 untuk jumlah yang begitu kecil adalah tidak berbaloi, terutamanya apabila kos penyediaan kuah kari sebenarnya tidaklah tinggi.

Baca juga artikel semasa di bawah:

Didenda Ketuk Ketampi, Sekumpulan Rempit Jalan FAC Matang Tular Di Tiktok
Tun M Cadang Sarawak Beri Bantuan Kepada Negeri Lain Kerana Diiktiraf Pendapatan Tinggi

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Didenda Ketuk Ketampi, Sekumpulan Rempit Jalan FAC Matang Tular Di Tiktok
Next Article Tasik Kuari Lama Bakal Menjadi Destinasi Pelancongan Di Kuching Tasik Kuari Lama Bakal Menjadi Destinasi Pelancongan Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?