• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Tempat Menarik

Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun

Oleh
Nazihah AN
25 Januari 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun

Manchar Tengah dikenali sebagai Majestic Waterfall

Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Pasir Ulu Waterfall atau disebut secara peribadi sebagai Majestic Waterfall oleh pengguna Facebook, Bonnie Joseph, ini merupakan air terjun yang belum diketahui ramai di Sarawak. Air terjun ini juga dikenali sebagai ‘Manchar Tengah’ atau ‘Mancha Babur’ oleh orang tempatan.

Hidden gem ini terletak di kawasan perkampungan di Kampung Pasir Ulu Biawak, Lundu. Bagi anda yang masih tidak tahu di mana tempatnya hidden gem ini, anda boleh masuk simpang Kampung Biawak di Lundu. Jambatan ke-3 dari simpang tersebut anda akan jumpa papan tanda Kampung Pasir Ulu.

Digelar 'Manchar Tengah', Keindahan Air Terjun  Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Digelar ‘Manchar Tengah’, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Kredit gambar: Facebook Bonny Joseph

Bagaimana perjalanan ke hidden gem?

Kalau sesat, anda boleh tanyakan penduduk di sana. Jangan risau! Mereka semua peramah orangnya.

Untuk bayaran masuk, hanya RM35 /orang termasuk pemandu tempatan yang mesra dan serba tahu! Dari kaunter pendaftaran hingga ke empangan mengambil masa lebih kurang 30 minit dan jalan separuh tar. Berhati-hati ketika jalan sebab kecerunannya boleh tahan. Jadi, jalan perlahan ya..

Digelar 'Manchar Tengah', Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Digelar ‘Manchar Tengah’, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Kredit gambar: Wikiloc esther_ecut

Bagi anda yang ingin membawa bekal dari rumah, dinasihatkan bawa makan yang sudah siap sedia untuk dimakan untuk mengelakkan lebihan/ sampah di tempat tersebut. Bersama kita membantu penduduk tempatan untuk memelihara alam semula jadi.

Dan perjalanan dari empangan ke ‘Manchar Tengah’ pula anda akan hiking dan jungle trekking lebih kurang 1 jam sehala tak termasuk berhenti untuk rehat dan posing untuk kamera hehehe..

Digelar 'Manchar Tengah', Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Kredit gambar: Facebook Bonny Joseph
Digelar 'Manchar Tengah', Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Kredit gambar: Facebook Bonny Joseph

Di empangan, anda tidak dibenarkan mandi atau berenang

Perhentian pertama, anda akan berhenti sekejap di mini dam. Mini dam atau empangan air ini adalah sumber bekalan air bersih untuk penduduk kampung sekitarnya. Jadi, aktiviti renang dan mandi di dalam dam tersebut tidak dibenarkan.

Sepanjang perjalanan ke air terjun tersebut, anda akan diiringi dengan beberapa anak sungai dan bunyi air sungai. Tak perlu bekal earphone dah, cukup dengan background muzik alam semula jadi.

Digelar 'Manchar Tengah', Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Digelar ‘Manchar Tengah’, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Kredit gambar: Facebook Bonny Joseph

Sampai di atas Manchar Tengah Waterfall, anda bolehlah sedia stand kamera, baju hujan atau baju lebih. Di sana, memang confirm anda akan basah dengan percikan air terjun, memang best!

Bagi anda yang ingin ke sana dan mencari pemandu tempatan, Bonny Joseph mengesyorkan untuk hubungi guide yang telah membantu mereka sepanjang perjalanan. Cikgu Taipin 013-8179927.

Untuk anda yang minat untuk hiking dan melihat keindahan alam semula jadi, di sini kami sertakan beberapa artikel untuk anda baca:

Keunikan Bak Buan Kukuot, Nikmati 2 Air Terjun Di Kampung Sadir
Trail Mudah Dan Santai, Terokai Keindahan Senah Rayang Waterfall Di Padawan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan
Next Article Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?