• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain

Oleh
Aina Musa
25 Januari 2024
Kongsi
1 Min Bacaan
Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain

Laluan pejalan kaki bawah Jambatan Darul Hana ditutup

Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain. Laluan pejalan kaki di bawah Jambatan Darul Hana berdekatan Dataran Ibu Pertiwi, ditutup buat sementara kepada orang ramai.

Ia susulan kebimbangan gejala vandalisme menggangu peralatan elektrik dan mekanikal Air Pancut Berirama (Muzikal Fountain).

Laluan Bawah Jambatan Darul Hana Ditutup Sementara, Elak Vandalisme Musical Fountain. Smber: Dayak Daily

Datuk Bandar Kuching Utara (DBKU) Hilmy Othman berkata peralatan untuk air pancut berirama itu adalah sangat sensitif.

“Kita perlu menjaga peralatan dan kemudahan tersebut dengan mengambil pendekatan untuk memagar kawasan terbabit bagi mengelak daripada sebarang perkara yang tidak diingini,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelaksanaan Operasi Peka DBKU di premis-premis perniagaan makanan sekitar Metrocity semalam.

Beliau juga telah berbincang dengan Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi mengenai isu ini dan pihak DBKU akan melihat kemungkinan membuka semula penghujung Jambatan Darul Hana selepas memastikan tapak pancutan air muzikal itu dalam keadaan selamat.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila netizen meluahkan rasa kecewa apabila laluan pejalan kaki di bawah Jambatan Darul Hana berdekatan Dataran Ibu Pertiwi ditutup.

Baca lagi artikel menarik:

Berang Ditegur Tidak Bekerja, Wanita Maut Dibelasah Suami Di Siburan
Cikgu Dari Betong Yang Berkongsi Sejarah Agong Kepada Murid Tarik Perhatian Tengku Hassanal
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun
Next Article Ini Adalah Senarai Gerai Bakal Meriahkan Jom Heboh Di Kuching Hujung Minggu Ini Ini Adalah Senarai Gerai Jom Heboh Di Kuching Hujung Minggu Ini

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?