• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu

Oleh
Aina Musa
30 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah 'Pembawa Tuah' Di Bintulu

Ini misteri disebalik kisah batu katak di jalan Bintulu-Sibu

Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu. Bagi pengguna jalan raya Bintulu-Sibu, sudah tentu ramai yang tahu lokasi Batu Katak ini. Batu ini dikatakan menyimpan mitos mistik yang tidak terungkap kerana banyak versi cerita didedahkan oleh penduduk tempatan di kawasan tersebut.

Sesiapa yang biasa travelling dengan menggunakan jalan darat di laluan ini pasti akan melalui sebuah jalan yang sangat terkenal dalam kalangan kaki ‘nombor ekor’ ini.

Bongkah batu ini memiliki rupa bentuk yang cukup unik telah menarik perhatian para pengguna jalan raya dan penduduk setempat.

Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah 'Pembawa Tuah' Di Bintulu
Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu. Kredit: Google

Batu ini memikul misteri kerana ada kepercayaan bahawa ada penunggu yang menjaga batu tersebut.

Dikatakan bahawa ia dikuasai oleh raja katak yang telah menduduki dan menguasai kawasan itu sejak zaman dahulu, dan itulah sebabnya batu ini tidak dapat dimusnahkan.

Menurut cerita, ada seorang lelaki Cina yang pernah meminta nombor ekor di situ. Dipendekkan cerita, lelaki tersebut memenangi nombor ekor dan menjadi kaya tidak lama selepas itu.

Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah 'Pembawa Tuah' Di Bintulu

Sebagai tanda terima kasih, dia membina tempat berteduh bagi batu tersebut dengan mendirikan pondok berbumbung.

Kemudian, batu itu mula diangkat sebagai ‘dewa batu’ dan sejak hari itu ramailah yang datang untuk memuja dan meminta nombor ekor.

Namun dari segi sains, batu itu sebenarnya terhasil dari batuan sedimen yang mengandungi komponen metasandstone.

Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah 'Pembawa Tuah' Di Bintulu

Ia terbentuk daripada batu pasir yang mengalami perubahan geologi akibat tekanan dan suhu selama berjuta tahun yang lalu.

Bagaimanapun, kekebalan Batu Katak ini akhirnya tumpas di tangan jentolak atau “bulldozer”.

Pemusnahan batu ini adalah bertujuan memberi laluan kepada pembesaran lebuhraya Pan Borneo.

Baca lagi cerita menarik:

https://www.iloveborneo.my/lagenda-antu-kulir-kisah-mitos-pontianak-pengganggu-kaum-lelaki-di-sarikei/
Lagenda Hantu Kayong Di Sarawak, Ketahui Mitos Sumpahan Hantu Bangkit Orang Boyan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Kuching Menjadi Destinasi Pelancongan Ketiga Yang Mampu Milik Di Rantau Asia Pada Tahun 2023
Next Article 'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak ‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?