• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak

Oleh
Aina Musa
30 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak

Miliki nama seram tapi rasanya sedap

‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak. Buah mentawa atau dikenali juga dengan nama ‘Pala Munsuh’ dalam komuniti Iban, adalah buah yang unik yang dapat ditemui di beberapa bahagian di Borneo, khususnya di Sarawak.

Buah mentawa ini mempunyai rupa yang menarik dengan kombinasi antara durian dan cempedak yang menjadikannya unik di kalangan buah-buahan tempatan.

'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak
‘Pala Munsuh’, Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak. Kredit: Facebook

Sekilas pandangan, buah mentawa mungkin akan menarik perhatian penggemar buah-buahan eksotik.

Buah ini mempunyai keunikan tersendiri kerana penampilannya yang menggabungkan ciri-ciri durian dan cempedak.

Dari segi rupa, buah mentawa memiliki bentuk yang unik. Kulit luarnya mengingatkan kita kepada durian dengan duri-duri yang tidak terlalu tajam, sementara isi buahnya lebih mirip dengan cempedak.

'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak

Menariknya, buah pala munsuh ini juga dikatakan persis buah tarap atau buah terap. Namun, apa yang membezakannya adalah warna isinya dimana buah mentawa ini berwarna oren atau kuning keemasan, berbeza dengan buah terap dengan isinya berwarna putih susu.

'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak
Buah terap

Menurut warga lokal, buah pala munsuh ini dikatakan mempunyai rasa masam, manis dan creamy!

Baunya pun tidak ‘menyengat’ seperti buah terap.

Difahamkan, buahnya yang belum matang boleh dijadikan sayur seperti buah cempedak dan nangka.

'Pala Munsuh', Buah Eksotik Mirip Durian Dan Cempedak Yang Rare Di Sarawak

Bijinya pula boleh direbus atau disangai atas api kecil dan mempunyai rasa berlemak seperti kekacang.

Namun, buah mentawa kini jarang dijumpai di Sarawak dan dianggap sebagai buah yang rare oleh warga lokal.

Baca lagi artikel menarik:

Menyerupai Cempedak, Nangka Dan Sukun, Ketahui Buah Terap Yang Boleh Didapati Di Pulau Borneo
https://www.iloveborneo.my/digelar-milkshake-sarawak-kenali-buah-pedalai-persis-tarap-yang-manis-dan-berkrim/

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah 'Pembawa Tuah' Di Bintulu Dihuni Oleh Raja Katak, Ini Misteri Batu Katak Bongkah ‘Pembawa Tuah’ Di Bintulu
Next Article Ancaman Wabak X Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia Ancaman Wabak X: Ini Yang Anda Perlu Tahu Sebagai Rakyat Malaysia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?