• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dijemput Jadi ‘Headline’ Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini

Oleh
Aina Musa
28 September 2022
Kongsi
3 Min Bacaan
Dijemput Jadi 'Headline' Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini

Berita baik untuk peminat Indie

Dijemput Jadi ‘Headline’ Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini. Dua rancangan muzik khas akan berlangsung sempena Festival What About Kuching (WAK) 2022 bulan depan, kata penganjur LiveinKCH.

Persembahan pertama, showcase muzik ‘LiveinKCHxWAK’, akan diadakan pada 8 Oktober di Kuching Civic Centre Hall dan menampilkan kumpulan indie terkenal Masdo sebagai ‘headline’ utama. Ini menandakan penampilan semula Masdo ke Kuching selepas dua tahun tidak menjayakan konsert di sini.

Dijemput Jadi 'Headline' Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini
Dijemput Jadi ‘Headline’ Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini. Kredit foto: FB About Kuching

WAK turut menampilkan band metalcore Massacre Conspiracy dan band metal stoner Singapura Marijannah. Turut berkongsi pentas dengan mereka ialah Singaporean band Tariot, Kuala Lumpur-punk rockers Trophy Knives, dan hometown deathcore band Exhale My Ozone.

Band-band tempatan seperti Serangga, NOGAS, Afterfall, Clockwise, Heroine, dan newcomers Viceroyz turut memeriahkan festival WAK oktober ini.

Show ‘Berentak’ bakal saksikan artis-artis Dayak

Show kedua ‘Berentak!’, juga diadakan di Dewan Pusat Sivik Kuching pada 15 Oktober ini.

Dianjurkan bersama oleh LiveinKCH dan Syarikat MacMakes, ‘Berentak!’ akan menjadi festival muzik pertama seumpamanya yang khusus mempamerkan kumpulan muzik dari persada muzik Dayak bebas.

Dijemput Jadi 'Headline' Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini
Kredit foto: FB About Kuching

Kumpulan Ethnic Transmissions iaitu sebuah kumpulan rock dari Kuching yang single pertamanya ‘Engka’ membuka jalan untuk kumpulan-kumpulan muzik serta penulis lagu Dayak untuk muncul dalam persada muzik Dayak.

Allesandro vokalis dari kumpulan TVA antara artis yang menjadi headline utama dalam festival ini.

Selepas memulakan kerjaya solo, Allesandro kini antara bintang paling hangat yang sedang meningkat naik dalam dunia muzik dengan mengeluarkan single hitnya ‘Petang’, yang telah mendapat 7.6 juta tontonan di YouTube.

Class 89 iaitu sebuah kumpulan muzik punk rock Bidayuh juga akan membuat penampilan sulung mereka di showcase Berentak ini.

Turut dimeriahkan oleh band-band tempatan

Kumpulan lain yang diumumkan dalam line up Anugerah Carta Sapa Juara (ACSJ 2016) separuh akhir adalah Hallvard Band dari Serian dan D’Crystal iaitu kumpulan rock dari Sibu yang single terbarunya, ‘Sapa Indu Nya’ berjaya mendahului carta nombor 1 spot on Cats FM’s Lagu Tebilang Cats.

Dijemput Jadi 'Headline' Utama, Masdo Bakal Meriahkan Festival What About Kuching Oktober Ini
Kredit foto: FB About Kuching

Sullivan iaitu kumpulan heavy metal dari Kuching dengan lagu-lagu hit seperti ‘Kediri’ dan ‘Simpan Meh’, serta kumpulan rock alternatif Hevance dari Bintulu, terkenal dengan single mereka ‘Aku Nemu’, ‘Bajik’, dan ‘ Bedau Alah’, adalah penghibur lain yang bakal beraksi di WAK bulan hadapan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pihak penganjur di talian 016-5768797 atau e-mel [email protected].

Baca lagi info mengenai Festival What About Kuching di sini:

Acara Pelancongan Hiburan Terulung, Festival ‘What About Kuching’ Akan Berlangsung Oktober Ini
Dijemput Jadi Tetamu Khas, Afgan Bakal Meriahkan Kuching Jazz Festival Oktober Ini
SUMBER :Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berkuatkuasa Serta Merta, Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat Tidak Diwajibkan Lagi Berkuatkuasa Serta Merta, Pemakaian Pelitup Muka Dalam Pesawat Tidak Diwajibkan Lagi
Next Article Kagum Lihat Pembangunan Di Sarawak, Lelaki Semenanjung Puji Kuching Bandar Paling Bersih

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?