• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan

Oleh
Husna Hazmi
21 Jun 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Haa kan dah kena!

Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan. Dilaporkan bahawa, seorang wanita yang tular selepas gelagatnya mengugut anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan, Kota Kinabalu, pada 17 Jun lalu, telah ditahan bagi membantu siasatan.

Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan
Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan

Suspek yang berusia 34 tahun itu ditahan sekitar jam 11.20 pagi tadi untuk membantu bagi membantu siasatan polis berhubung insiden yang berlaku pada 1 Jun lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten komisioner Mohd Zaidi Abdullah, ketika suspek ditahan, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama dengan telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.

Pihak polis merampas pakaian tersebut bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita terbabit dalam kejadian yang dirakam.

Padah Ugut Polis Dengan Perkataan Tak Senonoh, Wanita Di Kota Kinabalu Kini Ditahan

Polis telah mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan

“Semasa kejadian, polis telah mengeluarkan saman terhadap wanita terbabit atas kesalahan tamat tempoh cukai jalan dan insurans kenderaan.

“Bagaimanapun berlaku kekecohan sehingga wanita terbabit mengeluarkan kenyataan ugutan,” kata beliau.

Wanita tersebut berkata kepada pegawai polis yang menyamannya ‘kau siapa mau saman saya, nasib kau lelaki, kalau perempuan saya kasi telanjang kau dan rungkup kau’.

Mohd Zaidi turut menjelaskan bahawa pihaknya turut mengambil keterangan daripada seorang pegawai dan tujuh anggota serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dilaporkan Bahawa Lebih Dari 150 Guru Di Sibu Enggan Menerima Vaksin COVID-19
Next Article Isu Pengambilan Guru 18K : Adakah Ijazah Bukan Pendidikan Tidak Layak Menjadi Cikgu?

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?