• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Dimiliki 100 Peratus Entiti Milik Muslim, McDonald’s Malaysia Tampil Jawab Kebimbangan Netizen

Oleh
Farisha
16 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan

McDonald’s Malaysia menjawab kebimbangan netizen dengan 100% pemilikan Muslim

Dimiliki 100 Peratus Entiti Milik Muslim, McDonald’s Malaysia Tampil Jawab Kebimbangan Netizen. Media dunia melaporkan semalam bahawa McDonald’s di Israel telah menyumbangkan beribu-ribu makanan percuma kepada Angkatan Pertahanan Israel dan rakyat Israel. Netizen melahirkan kebimbangan mengenai McDonald’s di Malaysia akibat tindakan itu.

Menurut sumber, McDonald’s Malaysia mengeluarkan satu kenyataan baru-baru ini mengenai restoran rangkaian restoran makanan segera yang dikendalikan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa tindakan itu adalah pasaran bebas dan tidak mencerminkan nilai atau amalan syarikat pengendali restoran makanan segera tempatan itu.

Dimiliki 100 Peratus Entiti Milik Muslim, McDonald’s Malaysia Tampil Jawab Kebimbangan Netizen
Sumber: mcdonald

“McDonald’s Malaysia menyedari perbincangan terbaru di media sosial berkenaan McDonald’s Israel.

“Keputusan unilateral yang dibuat oleh pemegang francais individu tidak boleh dianggap sebagai tindakan global, dasar syarikat atau pendirian politik rasmi yang diambil oleh McDonald’s secara global.

“Tindakan pengendali McDonald’s di Israel menjadi contoh tindakan individu tersebut dan ia bukan keputusan global dan tidak diluluskan oleh mana-mana pengendali tempatan lain,” kata McDonald’s Malaysia dalam satu kenyataan menurut vocket.

Entity 100 peratus milik Muslim

Untuk makluman, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd adalah sebuah syarikat operasi tempatan yang mana sejak pengambilalihannya oleh Lionhorn Pte. Ltd. di bawah syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada 2017, ia telah menjadi entiti 100 peratus milik Muslim.

“Sejak itu, McDonald’s telah menyumbangkan pembayaran zakat dan terus melaksanakan setiap tahun.

Dimiliki 100 Peratus Entiti Milik Muslim, McDonald’s Malaysia Tampil Jawab Kebimbangan Netizen
Sumber: vocket

“Sehingga 2023, kami telah menyumbang lebih RM12 juta dalam pembayaran zakat kepada 14 negeri di seluruh Malaysia dan menyokong yang kurang berkemampuan,” jelasnya.

Malah, McDonald’s Malaysia turut berkata, komitmen dalam perkhidmatan dan memberi semula kepada komuniti tempat restoran beroperasi dengan menggaji beribu-ribu bakat tempatan dan melabur dalam ekonomi dan komuniti tempatan.

McDonald jadi penyumbang makanan terbesar di Israel

Difahamkan sebelum ini McDonald’s Israel telah menderma dan akan terus menyumbangkan puluhan ribu makanan kepada unit IDF, polis, hospital, penduduk sekitar dan semua pasukan penyelamat. Dipercayai setakat ini gergasi makanan segera itu telah menyumbangkan 12,000 makanan kepada IDF dan penduduk Israel di kawasan sekitar, memetik laporan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Pekerja Sarawak Oil & Gas Sempat Rakam Situasi Peperangan Palestin-Israel
Ramai ‘Uninstall’ Dan Terkejut Selepas Dapat Tahu Monopoly Go Didakwa Berpangkalan Di Israel
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit Jatuh Sungai Lepas Balik Dari Kebun, Warga Emas 92 Tahun Dikhuatiri Lemas Di Kanowit
Next Article Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?