• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Oleh
Nazihah AN
16 Oktober 2023
Kongsi
3 Min Bacaan
Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Walaupun ada yang berani melapor, tindakan sewajarnya belum diambil.

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia. Menurut laporan terkini, antara 30 hingga 40 peratus pengamal perubatan di Malaysia telah menghadapi pelbagai bentuk buli.

Berdasarkan hasil kajian yang dijalan oleh Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di bawah pimpinan Presiden mereka, Dr. Azizan Abdul Aziz melaporkan Sarawak telah mencatat kes buli doktor yang paling tinggi di Malaysia.

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia
Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Kajian tersebut telah melibatkan seramai 728 doktor dari sektor kerajaan dan swasta yang dijalankan dari 15 September hingga 1 Oktober 2023.

Walau bagaimanapun, Dr Azizan menyatakan bahawa kebanyakan mangsa buli enggan membuat laporan kerana rasa takut atau tidak tahu prosedur untuk melaporkannya. Malangnya, walaupun ada yang berani melapor, tindakan sewajarnya belum diambil.

Jumlah keseluruhan yang dicatat adalah sebanyak 253 kes buli di Malaysia. Sarawak telah dicatat kes yang tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 15 kes, diikuti dengan Selangor (9 kes) dan Perak (8 kes).

Walau bagaimanapun, selebihnya iaitu sebanyak 197 kes datang dari negeri yang belum dikenal pasti. Menariknya, Sabah dan Melaka tidak mempunyai sebarang kes yang disahkan.

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia
Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Menurut Dr. Azizan, buli memberi kesan negatif kepada pengamal perubatan di setiap tahap, dari pegawai perubatan hingga doktor pelatih dan pakar.

Sebanyak 728 doktor dari sektor awam dan swasta telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Daripada jumlah tersebut, 476 merupakan pegawai perubatan, manakala selebihnya terdiri daripada pakar dan doktor pelatih.

Selain isu buli, kajian tersebut juga menunjukkan bahawa doktor junior cenderung untuk bekerja lebih masa. Sehingga 60 peratus doktor dengan pengalaman kurang daripada dua tahun kerap bekerja lebih dari masa yang ditetapkan setiap hari.

Sementara itu, hanya 20 peratus doktor dengan pengalaman lebih dari dua tahun bekerja lebih masa setiap hari. Adalah mencemaskan bahawa 35 peratus doktor bekerja lebih masa antara satu hingga dua kali seminggu, dan 32 peratus bekerja lebih masa antara tiga hingga empat kali seminggu.

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia
Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Harap langkah-langkah sewajarnya dapat diambil untuk memastikan kebajikan pengamal perubatan terjamin

Dr. Azizan menambah, walaupun ada negeri yang tidak mempunyai laporan buli, ini tidak bermakna tiada kes buli berlaku. Beliau juga menekankan bahawa kadar peletakan jawatan di kalangan doktor kontrak di Malaysia telah meningkat sebanyak 1,131 peratus dalam tempoh enam tahun dari 2017 hingga 2022.

Diharapkan dengan penemuan kajian ini, langkah-langkah sewajarnya dapat diambil untuk memastikan kebajikan pengamal perubatan terjamin dan isu-isu buli dapat diberikan tindakan segera.

Sarawak Catat Statistik Kes Buli Doktor Paling Tinggi Di Malaysia

Lagi artikel semasa, anda boleh baca di pautan bawah:

Gara-Gara Ditegur Tak Siapkan Kerja Sekolah, Guru Ini Disihir Oleh Ibu Pelajar Sampai Separuh Lumpuh
Kesan Lecur Dan Cedera Pada Dubur, Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Ketika Dijaga Anak Jiran
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Dimiliki 100 Peratus Entiti Milik Muslim, McDonald’s Malaysia Tampil Jawab Kebimbangan Netizen
Next Article Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak Diesel Bakal Dikenakan Subsidi Bersasar, Ini Reaksi Geng Hilux Di Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?