• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen

Oleh
Nazihah AN
26 Disember 2022
Kongsi
4 Min Bacaan
Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen

Ramai juga yang terkena ‘bad service’ di salah satu tempat penginapan di Kuching ni.

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen. Dah masuk musim cuti ni, memang ramai yang sedang mencari tempat penginapan yang best untuk mereka meluangkan masa bersama keluarga.

Yelah, hujung tahun macam ni ramai yang nak spend time dengan keluarga. Yang tauke business pun rajin pulak nak bagi promosi harga rendah, memang ramai yang pergi serbu. Tapi kalau bagi promosi murah, ia bukan menjadi satu asbab untuk anda buat layanan buruk terhadap pelanggan. Fikir-fikirlah..

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen

Rata-rata netizen meninggalkan review buruk terhadap tempat penginapan ini.

Baru-baru ini telah tular satu perkongsian di laman Facebook dimana individu ini meluahkan rasa kecewa dengan perkhidmatan layanan yang agak teruk di salah sebuah tempat penginapan di Kuching ini.

Seperti yang kita sedia maklum, Kuching merupakan tempat yang sering menjadi tumpuan pelancong kerana pelbagai tempat yang menarik di sini. Ia menjadi buah mulut bagi penduduk di Sarawak yang ingin mencari lokasi untuk enjoy dan mengisi masa lapang di sini.

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan

Cadar ada kesan kotor, selimut pun berbau

Namun, telah tular satu perkongsian di Facebook ini, di mana individu ini menceritakan bagaimana layanan servis di salah sebuah tempat penginapan di Kuching ini agak teruk.

Difahamkan melalui tangkapan layar sebuah pesanan melalui whatsapp yang dikongsi Priscilla Jinggan, individu yang mengendalikan perkhidmatan layanan pelanggan melalui whatsapp ini menuduh pelanggannya yang mengotorkan bilik tersebut.

Menurut perkongsian tersebut, individu ini menyatakan bahawa mereka terpaksa memilih tempat penginapan di apartment ini kerana hotel-hotel di Kuching sudah fully booked. Kongsi Priscilla, dia dapati cadar dan selimut di biliknya sudah kotor dan berbau semasa check-in.

Bilik ini selimut berbau & tak dapat digunakan. Dan ada kotoran pada cadar tilam”

Pelanggan tersebut hantar pesanan kepada perkhidmatan layanan pelanggan melalui Whatsapp

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan

Setelah dapati bilik penginapannya agak kotor, dia pun bertindak untuk mengambil gambar dan menghantar pesanan kepada perkhidmatan layanan pelanggan melalui Whatsapp pemilik apartment tersebut. Namun, tiada sebarang respon dari pihaknya.

Tiba masa untuk mereka check-out, pihaknya pun membalas hantaran individu tersebut dan menafikan bahawa ia bukan tanggungjawab pihaknya kerana didakwa pihaknya sudah tukar cadar tilam tersebut. Malah menuduh bahawa kotoran tersebut disebabkan oleh pelanggan itu sendiri.

Cik, ini adalah balasan dari staff kami. DC disebabkan oleh pelanggan sendiri bukan HK. Saya yang menukar linen. Saya mengesahkan semua linen tidak ada kotoran. Tiada kesan warna oren seperti yang pelanggan katakan”

Balas individu yang mengendalikan perkhidmatan layanan pelanggan tersebut.

Kesal dengan dirinya malah dituduh, individu ini balas hantaran dengan menyatakan bahawa mereka sudah maklumkan awal semasa check-in namun tiada balasan dari pihaknya.

Selepas saya check-out baru anda balas hantaran saya. Masa check-in saya sudah inform mengenai kotoran pada kain linen tersebut, tidak ada sesiapa pun datang tukar/ check. Linen tu pun macam langsung tidak ditukar masa kami check-in”

Luah pelanggan

Tidak mahu bertanggungjawab, pihaknya malah lepas tangan dan mengenakan caj atas kotorkan cadar tersebut (tertera dalam invois mereka). Pihaknya turut meminta pelanggan untuk membayar RM100 yang tertunggak.

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan

Perkongsian tersebut telah raih perhatian netizen di laman sosial. Meneliti di ruangan komen, rupa-rupanya ramai juga yang terkena perkhidmatan yang kurang menyenangkan dari pemilik apartment itu sendiri. Walau bagaimanapun, hasil tinjauan kami, akaun FB pemilik apartment tersebut sudah dipadam.

Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan
Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan
Luah Kesal Dituduh Kotorkan Cadar, Tempat Penginapan Di Kuching Ini Terima Kecaman Hebat Netizen
Sumber: FB Priscilla Jinggan
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Wanita Dari Kuching Ini Gembira Netizen Edit Gambar Kahwin Bersama Arwah Ibu
Next Article Ini 11 Senarai Minggu Cuti Panjang Di Tahun 2023 (Dan Strategi Mohon Cuti)

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?