• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021

Oleh
Nazihah AN
1 Februari 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021

Syabas dan tahniah diucapkan kepada para atlet kita!

Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021. 3 atlet jaguh Borneo melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan dalam Anugerah Sukan Negara (ASN), semalam.

Menerusi laporan media tempatan, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan penghargaan kepada semua penerima Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima edisi 2021. Dalam masa sama menerusi Facebook, beliau turut yakin prestasi atlet-atlet negara dapat dilonjakkan jika bakat mereka direncana dengan baik.

Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021
Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021

Datuk Mohd Azizulhasni Awang dan Datuk Pandelela Rinong dinobat sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) edisi 2021

Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong kembali dinamakan sebagai Olahragawati Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) edisi 2021. Ia adalah gelaran keempat Pandelela selepas kali terakhir meraihnya pada 2015.

Dan manakala atlet jaguh berbasikal trek negara yang dikenali Pocket Rocketman, Datuk Mohd Azizulhasni Awang melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan Anugerah Sukan Negara (ASN) buat kali kelima pada edisi 2021.

Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021

Atlet Sabah Sarawak sapu bersih dalam Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan

Dalam sukan Paralimpik pula, dua atlet Sarawak dan Sabah berjaya sapu bersih dengan dinobatkan sebagai Olahragawan Paralimpik Kebangsaan. Beliau adalah Bonnie Bunyau Gustin yang dikenali sebagai Badang Sarawak berjaya pecah rekod dan meraih emas di Sukan Paralimpik Tokyo dalam acara powerlifting.

Begitu juga, Brenda Anellia Larry dari Sabah dipilih sebagai Olahragawati Paralimpik Kebangsaan selepas mencipta impak di Pusat Akuatik Tokyo apabila mencatatkan rekod baru Asia bagi acara 50 meter (m) kuak kupu-kupu di temasya empat tahun sekali itu.

Dinobat Olaragawan Dan Olaharagawati, 3 Atlet Borneo Sapu Bersih Anugerah Sukan Negara 2021

Tidak lupa juga dengan Jurulatih Sarawak, Jamil Adam yang turut menerima Anugerah Jurulatih Lelaki Kebangsaan.

Syabas dan tahniah kepada semua yang berjaya dinobat sebagai penerima anugerah kategori masing-masing!

Lagi artikel menarik, anda boleh lihat pautan di bawah:

Jatuh Cinta Dengan Rasa Belacan, Youtuber Jepun Ini Malah Cipta Resipi ‘Belacan Onigiri’
Terima Wang Palsu RM20 Dari Pelanggan Sama, Sekumpulan Peniaga Pasar Tamu Sibu Ini Lapor Polis
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terima Wang Palsu RM20 Dari Pelanggan Sama, Sekumpulan Peniaga Pasar Tamu Sibu Ini Lapor Polis Terima Wang Palsu RM20 Dari Pelanggan Sama, Sekumpulan Peniaga Pasar Tamu Sibu Ini Lapor Polis
Next Article Borong Tiket Umrah Untuk Dijual Semula, Ejen Pelancongan Boleh Dibatalkan Lesen Perniagaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?