Penjaja menerima wang RM20 dari seorang wanita berusia 40-an di Sibu
Terima Wang Palsu RM20 Dari Pelanggan Sama, Sekumpulan Peniaga Pasar Tamu Sibu Ini Lapor Polis. Telah tular di laman sosial di mana sekumpulan peniaga di pasar tamu Sibu ini menerima wang palsu bernilai RM20.
Menerusi laporan media tempatan, seramai 14 orang peniaga turut melaporkan benda yang sama iaitu menerima wang palsu daripada seorang wanita yang merupakan pembeli berusia dalam lingkungan 40-an, ditemani seorang kanak-kanak berusia 5 tahun.
Mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an, semuanya menerima wang tersebut tetapi tidak menyedari mereka telah ditipu sehingga beberapa jam kemudian
Kejadian tersebut heboh di laman Facebook, bahkan sekumpulan peniaga ini juga bertindak untuk membuat laporan polis pada hari yang sama (30 Jan). Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata bahawa pihak mereka menerima laporan daripada peniaga bahawa wanita itu telah membeli pelbagai barangan keperluan dengan wang palsu itu, yang kesemuanya mempunyai nombor siri yang sama – CD2748412.
Semua mangsa mendapati mereka mempunyai pengalaman sama di mana suspek menggunakan modus operandi yang sama. Kesemua mangsa berniaga dengan suspek yang sama tetapi tidak menyedari mereka ditipu sehingga kira-kira tiga jam kemudian, apabila salah seorang mangsa menyedari wang kertas RM20 tidak berkualiti dan dakwat mula mengalir,”
Selepas mengetahui bahawa ramai yang menerima wang palsu tersebut, salah seorang mangsa bertindak melakukan video secara langsung di media sosial untuk memberi amaran kepada orang ramai dan juga peniaga-peniaga di pasar tamu.
Ketua polis itu berkata kesemua wang kertas RM20 palsu itu telah dihantar kepada Bank Negara Malaysia untuk tindakan lanjut
Zulkipli berkata, kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan. Beliau berkata polis telah mengumpul kesemua wang kertas RM20 palsu untuk analisis Bank Negara Malaysia.
Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan menyemak terlebih dahulu wang kertas yang diterima dan menelitinya sebelum menyerahkan barangan atau menjalankan transaksi perniagaan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Bagi langkah berjaga-jaga, anda boleh kenal pasti wang palsu dengan meneliti menggunakan prinsip ‘Rasa, Lihat, Condongkan dan Semak’. Lihat di bawah:
- Rasa: Wang kertas sebenar mempunyai kesan cetakan yang meningkat pada teks dan potret Yang di-Pertuan Agong pertama.
- Lihat: Nota sebenar akan mempunyai potret tera air tiga dimensi.
- Condongkan: Benang keselamatan dan tampalan berkilat berwarna harus bertukar warna.
- Semak: Apabila diperiksa dengan lebih teliti, huruf mikro di sekeliling nota akan kelihatan dengan jelas.
Untuk maklumat lanjut atau nasihat, hubungi Pusat Respons Penipuan Nasional di 997 atau Pusat Respons Penipuan CCID di 03-26101559 atau 03-26101599.
Sebagai alternatif, cari @CyberCrimeAlertRMP atau @JSJKPDRM di Facebook.